PAS lebih yakin guna logo sendiri berbanding PN

Penganalisis politik menganggap tindakan PAS mahu menggunakan logo tradisi ‘bulan’ di negeri tertentu sebagai taktik untuk mengekalkan sokongan pengundi putih khususnya di negeri kubu kuat seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Iskandar Hasan Tan Abdullah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan berkata, langkah itu juga dibuat sebagai usaha parti itu mengimbangi isu dimainkan pihak lawan khususnya Amanah, untuk mengancam kedudukan negeri yang ditadbir PAS.

“Situasi yang berlaku hari ini mencerminkan banyak isu tidak puas hati atas pengurusan pentadbiran negeri telah dibangkitkan oleh parti Amanah. Malah, persepsi politik rasional yang digunakan Amanah ke atas bekas pengikut Nik Abdul Aziz Nik Mat sedikit sebanyak menggugat sokongan pengundi putih PAS.

Iskandar Hasan Tan Abdullah.

“Kemenangan PAS pada PRU14 sedikit sebanyak disumbangkan oleh golongan yang setia dengan perjuangan Nik Aziz. Ini boleh dilihat sejak akhir-akhir ini golongan reformis dalam PAS yang menang dalam pemilihan tahun ini kelihatan kurang baik hubungan dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN),” katanya kepada FMT merujuk kepada pendukung Nik Aziz menolak kerjasama dengan Umno.

Tambahnya, impaknya kini golongan reformasi PAS terpaksa kembali kepada sokongan asas yang diperolehi menerusi pengundi putih, yang sebahagian besarnya masih setia dengan slogan perjuangan Nik Aziz.

Katanya, tindakan PAS berhasrat tidak menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) khususnya di negeri kubu bukan bermakna mereka tidak yakin kepada gabungan itu, sebaliknya sebagai usaha mengelak pengundi atas pagar lari termasuk menyokong Umno.

Katanya, melihat kepada beberapa isu yang gagal ditangani kerajaan negeri pimpinan PAS, tidak mustahil pengundi kelabu yang menyokong parti itu tidak lagi mengundi mereka dalam pilihan raya akan datang.

“Andai berlaku, kedudukan PAS di tiga negeri tersebut kelihatan lemah dan bergoyang. Apa yang dirisaukan kini adalah berkemungkinan PAS mendapat majoriti tipis dalam pembentukan kerajaan negeri dalam PRU15 ini jika berlakunya peralihan angin sokongan.

Noor Nirwandy Mat Noordin.

“Inilah sebabnya PAS ingin mengekalkan logo bulan dan bukan PN bagi mengelakkan sebarang risiko negatif jika logo PN digunakan,” katanya.

Sementara itu, penganalisis keselamatan dan politik dari UiTM, Noor Nirwandy Mat Noordin berpandangan, tindakan PAS bersedia menggunakan logo tradisi ‘bulan’ atau lambang Perikatan Nasional (PN) mengambil kira kesesuaian negeri sebagai strategi menarik untuk meningkatkan sokongan undi.

“Ini strategi politik yang berlaku sekarang dalam keadaan ketidakstabilan politik, tetapi masing-masing parti membuat percaturan,” katanya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Md Nor sebelum ini berkata parti itu bersedia menggunakan logo tradisi ‘bulan’ atau lambang PN mengambil kira kesesuaian negeri dan faktor psikologi pengundi, tetapi ia akan dimuktamadkan pimpinan parti, termasuk dibincangkan di peringkat gabungan PN.

 

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker