Apa dosa Mat Kilau?

Apa dosa Mat Kilau?

DI media sosial ketika ini, nama Mat Kilau menjadi trending. Di Facebook, Instagram, Twitter, YouTube semuanya menyebut mengenai kewujudan filem Melayu terbaharu iaitu Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Merak Jalanan sudah menonton pada hari pertama tayangannya dan turut berasa bangga kerana filem berkenaan telah mencipta sejarahnya sendiri apabila mencatat kutipan sebanyak RM1 juta pada hari pertama tayangan untuk filem epik Melayu.

Ini menunjukkan perkembangan yang sangat bagus untuk Mat Kilau mencatat kutipan yang lebih tinggi lagi.

Ya, untuk orang ‘bisnes’ yang mementingkan untung, mungkin begitulah kiraannya. Kutipan tinggi bermakna filem tersebut sudah berjaya.

Namun, Mat Kilau sebenarnya lebih daripada sekadar filem yang membawa untung.

Selain daripada ia merupakan karya pengarah hebat, Syamsul Yusof yang sudah cukup dikenali ramai, mungkin sebenarnya sudah lama tiada filem Melayu epik berkualiti seperti ini di pawagam.

Ternyata orang-orang Melayu dahagakan filem berunsurkan kemelayuan seperti ini.

Sebuah filem yang membawa semangat perjuangan dan kesepakatan. (Penat dengan cerita cinta dua darjat yang disogokkan di kaca televisyen barangkali).

Tidak dinafikan, pada sesiapa yang sudah menonton Mat Kilau, pasti akan ada ‘rasa’ tersebut. Jadi cubalah tonton filem ini dan nilaikan sendiri.

Pun begitu, Merak Jalanan ingin bertanya apa dosa Mat Kilau sehingga ada yang mengkritik filem tersebut tanpa mengambil kebaikannya.

Merak Jalanan akui Mat Kilau bukanlah sebuah filem yang sempurna jika itu yang dicari, tetapi daripada mata penonton, filem ini berkesan mengembalikan semangat jati diri orang Melayu.

Alah, lagipun jika filem luar negara kita boleh bertoleransi dengan kecacatannya, mengapa tidak Mat Kilau juga diberikan kelonggaran seperti itu.

Adakah sebab ia filem Malaysia? Anda jawab! Sinar

Apa dosa Mat Kilau?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker