CCTV pusat beli belah ‘skodeng’ pengguna tandas

CCTV pusat beli belah ‘skodeng’ pengguna tandas

Menjadi kebiasaan pusat beli belah dilengkapi dengan televisyen litar tertutup (CCTV) bagi mengawal keselamatan dan mengawasi pergerakan pengunjung serta penghuni di dalamnya.

Namun, baru-baru ini tular sebuah rakaman dikongsikan pengguna TikTok yang terkejut apabila salah satu kedudukan CCTV di sebuah pusat beli belah di Johor dihalakan ke arah tandas awam sehingga mengundang tanda tanya ramai.



“Nasib baik belum buka semuanya,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.

Dalam pada itu, orang ramai turut memberi pelbagai reaksi berhubung kejadian tersebut yang rata-ratanya meminta agar pihak berkuasa membuat tinjauan dan pemeriksaan di pusat beli belah agar dapat mengelak dari berlakunya masalah jenayah.

“Takutnya, perlu ada tindakan segera pihak berkuasa, semak arah semua CCTV di pusat beli belah, mungkin ada yang sengaja nak ambil kesempatan, bahaya,” ujar Nana.

“Awak tangkap gambar, jumpa petugas di kaunter, buat aduan tentang kedudukan CCTV, sebab selalunya memang pihak teknikal yang buat,” kata Paan.



“Sebab itu kalau nak guna tandas awam, kena tengok sekeliling dulu, risau dirakam sambil buang air besar, kesalahan jenayah kalau memang ada pihak sengaja lakukan perkara ini, kadang itu, ada kamera kecil dalam tandas orang letak,” pesan Shahril. K Online

CCTV pusat beli belah ‘skodeng’ pengguna tandas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]



Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker