Pembantu khas bekas menteri dipenjara dua tahun



Pembantu khas bekas menteri dipenjara dua tahun

Bekas pembantu khas kepada seorang menteri menjalani hukuman penjara dua tahun mulai hari ini, selepas gagal dalam rayuan akhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman kerana melakukan rasuah berhubung permohonan permit bas daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), 20 tahun lalu.

Ini berikutan keputusan tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hanipah Farikullah yang sebulat suara menolak rayuan dikemukakan Eswadi Abd Rahim, 50, selaku perayu terhadap sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak pada 21 Disember 2017.

Hanipah, yang bersidang bersama-sama Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Seri Mariana Yahya berkata tiada sebab untuk mahkamah mengganggu keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan sabitan dan hukuman Mahkamah Sesyen terhadap perayu (Eswadi).

Eswadi yang diikat jamin merupakan ahli perniagaan, pernah menjawat jawatan sebagai pembantu khas kepada Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang ketika itu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.




Bagi pertuduhan pertama, Eswadi didakwa meminta memasukkan nama bapanya, Abdul Rahim Ismail sebagai Pengarah Syarikat Azamat Hati Sdn Bhd bagi memohon permit bas daripada LPKP di No 276, Taman Medan Bercham, di Ipoh, pada Disember 2002.

Dia juga didakwa menerima suapan sebanyak RM6,000 yang dimasukkan melalui akaunnya di Bank Bumiputra Commerce cawangan Jalan Sultan Idris Shah sebagai dorongan untuk membantu Chin Ah Lek bagi mendapatkan permit bas untuk syarikat Azamat daripada LPKP pada 17 Januari 2003.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 10 (A) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Pada 25 Mac 2015, Mahkamah Sesyen Ipoh menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM10,000 bagi pertuduhan pertama manakala penjara dua tahun dan denda RM30,000 untuk pertuduhan kedua dan memerintahkan Eswadi menjalani hukuman penjara 12 bulan, jika dia gagal membayar denda itu.

Mahkamah itu turut memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak.




Mahkamah Tinggi Ipoh kemudian mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nahra Dollah manakala peguam Datuk Shaharudin Ali mewakili Eswadi. HM

Pembantu khas bekas menteri dipenjara dua tahun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Aksi Ariel Peluk, Pegang Paha Bunga Citra Lestari Atas Pentas Buat Peminat Doakan Cepat Kahwin [VIDEO]

Gaduh di Facebook membawa ke restoren

Bakti Allahyarham Adibah Noor, pelihara 41 ekor kucing



Leave a Reply

Your email address will not be published.