Bekas Ketua SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad Tidak Tolak Kemungkinan Sertai Parti Politik

 

Bekas Ketua SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad Tidak Tolak Kemungkinan Sertai Parti Politik

TASEK GELUGOR: Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad tidak menolak kemungkinan menyertai mana-mana parti politik.



“Saya sendiri akan maklumkan kalau sudah menyertai mana-mana parti politik, perkara tersebut akan dimaklumkan bila tiba masanya.

“Saya tidak akan sembunyi hal ini dan tak perlu kita nak berselindung,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan 1,500 kilogram ikan cencaru secara percuma kepada orang ramai di Pokok Sena di sini hari ini.

Dzulkifli juga berkata beliau akan meneruskan kerja-kerja kebajikan di sekitar Parlimen Tasek Gelugor yang merupakan kampung halamannya.

Beliau berkata ia bagi meringankan beban masyarakat di kawasan itu ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Sekiranya saya tidak menyertai parti politik sekali pun, program kebajikan yang dibuat akan diteruskan mengikut kemampuan kami demi membantu rakyat dan penduduk kampung,” katanya.



Pada majlis itu, beliau turut melancarkan skuad sukarelawan Pejabat Tan Sri Dzulkifli yang terdiri daripada golongan belia berumur lingkungan 18 hingga 40 tahun bagi membantu masyarakat di Tasek Gelugor dari pelbagai aspek termasuk tenaga kerja.– BERNAMA

Bekas Ketua SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad Tidak Tolak Kemungkinan Sertai Parti Politik

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker