Ganja sebagai steroid ekonomi

Ganja sebagai steroid ekonomi

Oleh Mohd Mizan Aslam

Asia tenggara yang menjadi tempat tinggal lebih 680 juta penduduk dari 11 buah negara memang dikenali sangat keras dalam pendekatan terhadap penyalahgunaan dadah. Akan tetapi perubahan yang berlaku baru-baru ini cukup menarik. Thailand menjadi negara pertama di Asia yang ‘menghalalkan’ industri ganja dan berkaitan dengannya. Thailand tidak lagi mengira ganja atau marijuana sebagai jenayah, rakyat mereka dibenarkan untuk menanam dan menjalankan perniagaan berasaskan ganja. Ganja juga diiktiraf sebagai bahan perubatan alternatif yang dibenarkan kerajaan.



Akan tetapi dalam masa yang sama, Thailand mengingatkan para pelancong bahawa jika kedatangan mereka hanya untuk berseronok dengan ganja dan menyalahgunakan peluang yang diberikan tersebut, maka hukuman penjara tiga bulan dan denda sebanyak AS$800 menanti mereka. Restoran dan kafe juga membenarkan penjualan produk berkaitan ganja makanan, minuman, rokok pada kadar THC kurang 0.2%.

Mengapa sekarang marijuana dihalalkan di Thailand

Dipercayai langkah yang diambil Thailand ini berdasarkan dua perkara utama iaitu ekonomi (pendapatan alternatif dan perbelanjaan negara) serta jenayah (berkaitan dadah). Thailand dilaporkan membuat kajian lebih 10 tahun sebelum bersedia untuk membuat langkah besar ini. Ia juga datang bersama Narcotics Code-2022 yang dibincangkan di peringkat UNODC pada 26 April 2022 di Bangkok. Ia susulan daripada Code sama yang dibentangkan pada Disember 2021 yang lalu.

Thailand melihat alternatif kepada sumber ekonomi mereka. Perubahan yang ketara di dunia hari ini menjadikan kebijakkan dalam mendapatkan hasil pendapatan bagi negara adalah satu keperluan. Kerajaan Siam menggangarkan pendapatan yang bakal dijana dalam industri ini;ah sekitar 20 bilion setahun, ia dijangka meningkat dengan cukup signifikan dalam waktu terdekat ini. Pasaran global dijangka menjana sekitar 120 bilion hingga tahun 2026 nanti. Ini dianggap sebagai ‘steroid’ baru kepada ekonomi Thailand.



Seterusnya adalah berkaitan dengan jumlah banduan yang semakin membesar di Thailand. Pada ketika ini dianggarkan seramai 285,000 banduan dengan 85% darinya adalah atas kesalahan berkaitan dadah. Malah kebenaran penggunaan ganja ini juga datang bersama dengan pembebasan seramai 3,000 tahanan di penjara seluruh Thailand yang telah ditahan atas kesalahan berkaitan ganja.

Malaysia bertahan atau berubah?

Keadaan yang berbeza pula berlaku di negara jiran mereka iaitu Malaysia. Negara kita masih mengekalkan ‘pengharaman’ penggunaan ganja dan mempunyai hukuman yang berat jika melakukan kesalahan berkaitan dengannya. Melalui Akta Dadah Merbahaya 1952, hukuman berat menanti malah hingga boleh membawa hukuman mati mandatori. Malaysia masih belum bersedia untuk menyemak semula peruntukkan berkaitan penggunaan ganja sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin pada April 2020. Bagaimanapun, kerajaan dilihat mempertimbangkan secara serius untuk membenarkan penggunaan ganja dalam sektor perubatan, tetapi masih jauh perjalanannya kerana kajian berkaitan masih belum jelas dan dibentangkan dikhalayak ramai.

Apapun keadaanya, apa yang berlaku di negara jiran kita, Thailand memberi kesan yang sangat signifikan kepada Malaysia. Langkah yang diambil oleh kerajaan Siam boleh dilihat sebagai proaktif dan berpandangan jauh serta memberikan situasi yang menang kepada mereka dan perangkap kepada negara-negara jirannya termasuklah Malaysia. Kita percaya langkah tersebut dilakukan setelah pelbagai aspek dipertimbangkan oleh pihak Thailand. Akan tetapi yang pastinya, tindakkan tersebut menyebabkan negara kita terkesan termasuklah aktiviti penyeludupan ganja dan produk berkaitannya. Antara response yang perlu dilakukan oleh Malaysia adalah:



Dengan segera, dalam masa yang singkat perlu memastikan pintu-pintu sempadan tidak dibolosi. Semua agensi berkaitan perlu digerakkan secara tuntas agar dapat mengelakkan sebarang bentuk penyeludukan. Malah pelbagai produk hiliran lainnya juga adalah perlu dipantau agar aktiviti ini tidak mengganggu gugat keselamatan negara.

Kerajaan Malaysia perlu melakukan rondaan, pengintipan dan pemantuan bersama pihak berkuasa Thailand agar aktiviti penyeludupan dan lain-lainnya dapat dikekang lebih awal lagi sebelum ianya masuk ke tanah air kita.

Menggunakan teknologi sepenuhnya di sempadan dalam proses kemasukkan pelbagai produk import. Kerajaan perlu berusaha mengelakkan unsur manusia yang memungkinkan terdedah kepada isu integriti dan keselamatan diri. ‘Digitalize’ banyak perkara agar telus dan kelulusan dalam kadar yang segera dan efisien. Jangan benarkan penglibatan secara bersemuka yang akan membuka peluang untuk korupsi dan jenayah.

Dalam masa yang sama melihat semula keperluan untuk ganja dan hemp untuk dihalalkan. Ini dilihat langkah yang perlu untuk menggelakkan kebanjiran penyeludupan ganja ke Malaysia. Kita tidak boleh selama-lamanya bersikap defensive atau bertahan, kerana akhirnya akan bocor juga. Kita perlu akui bahawa langkah yang diambil kerajaan Thailand ini adalah secara tidak langsung menjadi ancaman kepada keselamatan negara, maka jalan keluar perlu dilakukan iaitu dengan mengkaji semula penggunaan ganja untuk tujuan perubatan.



Melihat potensi baik yang dimiliki oleh ganja dan hemp serta produk-produk yang boleh dihasilkan. Perlu difahami juga, industri farmaseutikal tidak mahu perubatan bersifat herba dan tradisional termasuk ganja dan ketum menjadi pilihan, pemain industri mahukan masyarakat bergantung kepada produk keluaran mereka dan hanya menonjolkan sisi buruk herba atau tanam tempatan yang telah terbukti berkesan sejak sekian lamanya.

Apapun, Malaysia perlu bijak dan cepat mengambil langkah bijak jika tidak mahu masalah penyeludupan, penagihan dan penyalahgunaan ganja menjadi isu serius dan memenatkan pihak berkuasa. Jawatankuasa khas perlu dibentuk segera untuk mengkaji perkara ini dan hasilnya nanti perlu didebatkan di parlimen sebelum dilaksanakan. Mk

MOHD MIZAN ASLAM ialah pengarah Institut Kajian Strategik Malaysia (MyRISS).

Ganja sebagai steroid ekonomi




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)



Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai

Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker