Ada habuan untuk Harimau Malaya – Ismail

Ada habuan untuk Harimau Malaya – Ismail

Kerajaan akan mempertimbang pemberian imbuhan dan penganjuran sambutan keraian sempena kejayaan skuad Harimau Malaya mengesahkan slot ke Piala Asia 2023, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, perkara itu akan dibincang dengan Kementerian Belia dan Sukan serta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat.

“Insya-Allah saya akan bincangkan perkara tersebut dengan Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu serta akan turut berbincang bersama FAM.

“Ia mengenai keraian atau apa-apa sumbangan akan diberikan, kita akan berbincang mengenainya,” katanya kepada pemberita selepas hadir dalam persidangan Parlimen Belia Malaysia Tahun 2022.

Ismail juga berharap skuad Harimau Malaya mampu mencatat keputusan terbaik dalam aksi Piala Asia 2023.

“Ini cuma ujian pertama yang kita melepasi, ujian lebih besar adalah pada Piala Asia nanti untuk dapatkan tempat (keputusan) terbaik dalam pertandingan.

“Diharapkan semangat juang ini dapat diteruskan untuk mengembalikan nama Malaysia di peringkat antarabangsa terutama sekali di peringkat Asia,” katanya.

Semalam, skuad bimbingan pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan Gon, menumbangkan Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023.

Kemenangan itu menyaksikan skuad negara mengumpul keseluruhan enam mata untuk menamatkan kempen kelayakan di kedudukan kedua di belakang Bahrain sekali gus mengesahkan tiket ke Piala Asia selaku antara lima naib juara terbaik daripada enam kumpulan.

Kali terakhir Malaysia layak secara merit ke Piala Asia ialah pada edisi 1980 di Kuwait dan skuad Harimau Malaya pernah beraksi dalam pusingan akhir Piala Asia pada 2007 namun ketika itu mendapat tiket selaku tuan rumah. FMT

Ada habuan untuk Harimau Malaya – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

GSC didenda RM45,000: Catut air mineral, Mister Potato

India robohkan rumah tokoh-tokoh Islam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker