Licik permainan politik Bersatu – Razlan

Licik permainan politik Bersatu – Razlan

Ahli Majlis Tertinggi Umno Razlan Rafii mendakwa Bersatu sedang menggerakkan langkah bagi cuba meletakkan pemimpin parti itu menjadi perdana menteri, sekali gus menunjukkan mereka tidak peduli masalah rakyat.

Katanya sebelum ini semua orang tahu bagaimana Bersatu mengolah Langkah Sheraton untuk menjadi kerajaan melalui ‘pintu belakang’ dengan menjatuhkan Pakatan Harapan (PH).



Tambah Razlan ketika itu BN mencadangkan agar parlimen dibubarkan supaya pilihan raya umum (PRU) baru diadakan namun disebabkan ancaman Covid-19 saranan tersebut tidak mendapat perkenan Istana Negara

Dalam keadaan begitu dakwa Razlan BN terpaksa ersetuju untuk memberikan kuasa sebagai kerajaan untuk sementara kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

“Justeru tidak terkejut jika Bersatu mahu melakukan sekali lagi (langkah mengambil kerajaan) walaupun penggal ini tinggal nyawa-nyawa ikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Razlan walaupun hal itu dinafikan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu, pengakuan Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal bahawa Muhyiddin telah mengadakan perjumpaan agar beliau dilantik semula menjadi perdana menteri tidak boleh disangkal lagi.



Untuk rekod, pada 1 April lalu Mahathir yang juga bekas pengerusi PH mengesahkan Muhyiddin meminta sokongannya dalam usaha untuk menjadi perdana menteri sekali lagi.

Susulan itu Mohd Shafie mendedahkan Muhyiddin selaku Pengerusi Perikatan Nasional (PN) turut menghubunginya untuk membentuk kerjasama politik selepas rundingan dengan Mahathir gagal.

Razlan mendakwa gerakan Bersatu itu menyebabkan negara akan terjerumus sekali lagi dalam kancah politik yang tidak stabil, pertembungan keputusan dan sekali lagi Istana akan dipaksa campur tangan.

“Dalam pimpinan Bersatu kononnya menempelak agar tidak mahu PRU dalam waktu terdekat dan meletakkan kesalahan kepada Umno (sedangkan) mereka mencatur langkah untuk merampas kuasa sekali lagi.



“Sungguh licik permainan politik mereka,” katanya.

Tambahnya, tindakan Bersatu itu juga tidak menghormati memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bersama PH.

“Mereka tidak ambil peduli masalah rakyat,” katanya. Mk



Licik permainan politik Bersatu – Razlan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Antara Artis Yang Rela Pilih Jadi Murtad Demi Cinta!



“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker