Jurujual Lebam Gara-Gara Ular Tedung Selar

Jurujual Lebam Gara-Gara Ular Tedung Selar

BESUT: Terkejut dengan kehadiran ular tedung selar sepanjang 4.5 meter di dalam rumah, seorang jurujual kedai makanan sejuk beku lebam pada bahagian lutut dan siku selepas terjatuh ketika cuba melarikan diri pada Ahad.

Nurul Ika Akhma Osman, 28, dari Kampung Alor Belanga, di sini berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika dia sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum terdengar bunyi desiran pelik yang kuat.

“Saya tidak pasti bunyi apa jadi teruskan menonton televisyen. Tiba-tiba saya nampak kepala ular keluar dari sebalik langsir bilik abang yang jaraknya hanya lima meter dari tempat saya duduk lalu menjerit panggil ibu.

“Kepala ular itu nampak besar, sebab itulah saya terkejut dan ketika cuba melarikan diri, saya terlanggar dinding rumah dan terjatuh sebanyak dua kali hingga lebam,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Menurut Nurul Ika Akhma, ketika kejadian hanya dia, ibu dan seorang adik perempuan ada di rumah manakala yang lain keluar bekerja.

Beliau berkata, dia kembali menonton televisyen selepas mendapati ular tersebut tiada namun sekali lagi terkejut apabila melihat haiwan berbisa itu berada di ruang antara dapur dan ruang tamu ketika ingin memasak makan malam.

“Ketika kali pertama nampak, saya ingatkan hanya bayangan saja namun saya tetap selamatkan 13 kucing peliharaan ke dalam sangkar kerana bimbangkan keselamatan mereka.

“Selepas jumpa lagi, kami terus hubungi talian kecemasan dan anggota APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) Besut datang menangkap ular ini,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian tersebut.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Besut, Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.22 petang.

Katanya, anggota APM yang tiba pada jam 6.38 petang mengambil masa setengah jam untuk menangkap ular tedung selar berkenaan.

“Haiwan seberat 10 kilogram (kg) ini ditempatkan di pejabat APM Besut,” katanya yang turut menasihati orang awam agar menghubungi pasukan keselamatan jika terserempak dengan haiwan berbisa bagi mengelak kejadian tidak diingini.-SH

Jurujual Lebam Gara-Gara Ular Tedung Selar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Geli! Pelanggan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Minuman Di Restoran Makanan Segera [VIDEO]

Anna Jobling jual wajah cantik?

Video pra perkahwinan Sofyank ‘another level’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker