PPBM berdepan krisis keyakinan, Pas dalam dilema

PPBM berdepan krisis keyakinan, Pas dalam dilema

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini berdepan dengan krisis keyakinan apabila Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berusaha untuk membuat jajaran baharu menerusi khemah besar dengan DAP dan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, tindakan Muhyiddin itu yang tanpa bersembunyi berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu, membuktikan parti berkenaan tidak mempunyai sokongan ahli di bawah.

“Kemuncak kepada krisis keyakinan ini apabila Muhyiddin tanpa bersembunyi lagi telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membuat khemah besar jajaran baru bersama DAP-PH.

“Ini tidak lain tidak bukan kerana memang sifat beliau bermain politik dendam ke atas UMNO.

“Perangai telunjuk lurus kelingking berkait ini memang menjadi mainan beliau apabila yang terbaru sekali lagi sanggup mengutip sokongan Ahli Parlimen dari belakang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Menurut Noor Hariri, rata-rata ahli PPBM kecewa dengan tindakan pemimpinnya sanggup menggadaikan maruah dan prinsip serta bersekongkol dengan DAP hanya kerana tamakkan kuasa.

Katanya, Pas harus berhati-hati dengan mainan licik Muhyiddin yang suatu ketika pernah menjatuhkan bekas presidennya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Ini bahananya apabila berkawan dengan orang ketika senang dan meninggalkan sahabat Muafakat Nasional (MN) ketika sama-sama naik.

“Ternyata slogan Pas untuk mempertahankan Perikatan Nasional (PN) memberi kelebihan kepada Presiden PPBM itu untuk berunding dengan DAP.

“Ini jelas memberitahu kepada kita semua bahawa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang telah dinasihati oleh orang yang berkepentingan diri yang boleh disifatkan sebagai trio SST (Shamsuri, Sanusi, Takiyuddin),” katanya.

Beliau berpendapat, Pas perlu kembali kepada asas dengan mendengar suara ahli bawahan yang mahukan penyatuan ummah bersama UMNO seperti mana dahulu.

Katanya, inilah akibat apabila sekumpulan pimpinan atasan Pas membuat keputusan tergesa-gesa untuk bersama berdaftar dalam PN demi laba diri yang hendak diraih. MG

PPBM berdepan krisis keyakinan, Pas dalam dilema


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker