Hina Nabi Muhammad, kumpulan penggodam Malaysia serang laman web kerajaan India

Hina Nabi Muhammad, kumpulan penggodam Malaysia serang laman web kerajaan India

Kumpulan penggodam Malaysia dilaporkan menggodam beberapa laman web kerajaan India susulan kenyataan menghina dibuat dua ahli Parti Bharatiya Janata (BJP) terhadap Nabi Muhammad.

Kumpulan itu dikenali sebagai ‘DragonForce Malaysia’, melancarkan serangan siber mensasarkan laman web Kedutaan India di Israel, Institut Pengurusan Pelanjutan Pertanian Kebangsaan India, Majlis Penyelidikan Pertanian India, termasuk beberapa lagi.

The Times of India melaporkan, sejumlah 70 laman web digodam kumpulan itu, termasuk laman milik persendirian, selain laman institusi pendidikan seperti Institut Sains Nagpur.

Menurut laporan itu, berlaku juga cubaan untuk menggodam laman web membabitkan bank utama.

Kumpulan penggodam berkenaan juga menggesa penggodam Muslim dan juga pertubuhan hak asasi manusia memulakan kempen terhadap India berhubung kenyataan menghina dibuat dua ahli BJP, parti yang memerintah kerajaan India.

Dalam pada itu, The New Indian Express, melaporkan polis negara berkenaan sudah melancarkan siasatan berhubung tindakan godam.

Dua ahli BJP yang membuat kenyataan berupa penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad sudah digantung atau dipecat, manakala Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, berkata kenyataan dibuat tidak mencerminkan pandangan kerajaan India.

Pesuruhjaya berkenaan dipanggil ke Putrajaya oleh Kementerian Luar, minggu lalu, berhubung perkara itu.

Kerajaan India berdepan tindak balas dari dunia Islam, termasuk Emiriah Arab Bersatu, Oman, Indonesia, Jordan, Iraq, Maldives, Bahrain, Turkiye, termasuk Malaysia.

Qatar sebelum ini menuntut permohonan maaf daripada kerajaan India berhubung kenyataan dikeluarkan.

DragonForce Malaysia menarik perhatian sejak tahun lalu, selepas didakwa mencuri dan membocorkan maklumat peribadi hampir 300,000 penuntut Israel dari AcadeMe, satu daripada jaringan rekrut terbesar bagi pelajar dan lepasan universiti.

Dalam tangkap layar mengandungi mesej daripada penggodam itu, mereka menggelar operasi berkenaan sebagai “#OpsBedil 2.0” dan menyeru “penggodam, pertubuhan hak asasi manusia dan aktivis” bersatu dan memulakan kempen menentang Israel.

DragonForce Malaysia berkata, pembocoran maklumat itu susulan konflik Israel-Hamas selama 11 hari, di mana Hamas menguasai Semenanjung Gaza.

Kumpulan itu turut dilaporkan menggodam pelbagai jaringan kamera litar tertutup Israel, termasuk di residensi dan agensi kerajaan, bulan lalu. FMT

Hina Nabi Muhammad, kumpulan penggodam Malaysia serang laman web kerajaan India


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Geli! Pelanggan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Minuman Di Restoran Makanan Segera [VIDEO]

Anna Jobling jual wajah cantik?

Video pra perkahwinan Sofyank ‘another level’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker