McDonald’s Beli 225 Restoran Di Israel

McDonald’s Beli 225 Restoran Di Israel

Gergasi makanan segera McDonald’s akan membeli balik semua restoran Israel berikutan pemboikotan jenama itu sebagai tindak balas kepada perang Israel-Hamas, lapor BBC.

Syarikat itu berkata ia telah mencapai persetujuan dengan pemegang francais Alonyal untuk mengembalikan 225 cawangan di seluruh negara yang menggajikan 5,000 orang.



McDonald’s dikritik selepas Alonyal mula memberikan beribu-ribu makanan percuma kepada askar Israel.

Jualan di rantau ini telah merosot sejak konflik bermula pada Oktober tahun lalu.

Pada hari Khamis, McDonald’s membuat pengumuman terbuka di mana perjanjian telah ditandatangani dengan Alonyal yang telah menjalankan rangkaian Golden Arches di Israel selama lebih 30 tahun.

Pada hari Khamis, McDonald’s berkata perjanjian telah ditandatangani dengan Alonyal yang telah menjalankan rangkaian Golden Arches di Israel selama lebih 30 tahun.



Syarikat AS itu berkata restoran, operasi dan pekerja akan dikekalkan ‘atas syarat yang setara’ dan ia kekal ‘komited kepada pasaran Israel’. Bagaimanapun syarat jualan tidak didedahkan.

Boikot itu tercetus selepas negara-negara majoriti Islam seperti Kuwait, Malaysia dan Pakistan mengeluarkan kenyataan memboikot daripada membeli pada syarikat itu kerana dianggap menyokong Israel.

Pada bulan Januari lalu, rantaian makanan global itu mengakui konflik yang berlaku telah ‘mempengaruhi’ prestasi perniagaannya di Perancis, Indonesia dan Malaysia. Hasil jualan di Timur Tengah terjejas paling teruk.

Dalam pada itu, seluruh McDonald’s di Sri Lanka diarah tutup apabila pemegang francais di negara itu gagal memenuhi piawaian kebersihan antarabangsa. Vc



McDonald’s Beli 225 Restoran Di Israel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isma Aliff rayu anak-anak pulang beraya



Teruja lihat pemain Everton buka puasa tepi padang

Aliff kantoi kerana GPS, perakam dengar perbualan tak senonoh



Curang tapi tak nak cerai sebab ada ‘game’ – Rita Rudaini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker