Asyraf Wajdi, Tun Faisal berperang di FB

Sebaran :

Asyraf Wajdi, Tun Faisal berperang di FB

Perang mulut tercetus antara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan pemimpin UMNO digantung keahlian enam tahun, Tun Faisal Ismail Aziz di Facebook hari ini.

Terdahulu, Asyraf Wajdi memuat naik status menyatakan kekecewaan terhadap kenyataan seorang pimpinan UMNO berjawatan tinggi dalam kerajaan.

“Kecewa betul pagi ini katanya Asyraf (Wajdi) jangan terlalu percaya dengan sentimen di media sosial sebab naratifnya dikawal oleh DAP-PH (Pakatan Harapan).


asyraf tun faisal berperang

“Realitinya Perdana Menteri dan kerajaan masih popular dalam kalangan rakyat akar umbi. Dalam hati saya cuba baca setiap komen pada setiap hantaran saya akan rintihan dan keluhan rakyat yang kesempitan adalah” real”,” katanya.

Tun Faisal kemudian menulis komen hantaran itu mendakwa Asyraf Wajdi sebagai individu berpendidikan agama dan Ketua Pemuda UMNO tidak wajar bersubahat dengan penipuan dan usaha Presiden UMNO.

Beliau mendakwa Presiden UMNO berusaha membentuk Jajaran Baharu bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Tun Faisal seterusnya mendakwa Ketua Pemuda UMNO tidak wajar berusaha merebut kuasa pada waktu pandemik Covid-19 kerana usaha menyelamatkan nyawa rakyat lebih utama.

Asyraf Wajdi membalas komen dengan meminta Tun Faisal tidak mencipta persepsi bukan-bukan kerana beliau individu pertama akan membantah jika UMNO menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri atau mewujudkan kerajaan diketuai DAP-PH.

“Ini bertentangan dengan pendirian seluruh Pemuda UMNO 191 Bahagian, Perhimpunan Agung UMNO dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT),” katanya. K Online


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ini soal hidup mati rakyat dan masa depan negara


Sebaran :

Leave a Reply