PGA dikerah ke kebun haram di Raub

PGA dikerah ke kebun haram di Raub

PGA dikerah ke Raub jaga ketenteraman awam – Acryl Sani

PASUKAN Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dikerahkan ke Raub, Pahang untuk menjaga ketenteraman awam di daerah itu susulan isu pencerobohan tanah dipercayai membabitkan pekebun durian Musang King.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani turut menegaskan PDRM tidak akan bertolak ansur dengan sesiapa sahaja yang cuba mengganggu-gugat kelancaran tugas pihak berkuasa.

Justeru, Acryl Sani turut menyeru semua pihak terbabit untuk mematuhi peraturan undang-undang yang sedia ada.

Kata beliau, pihak yang tidak berpuas hati berkenaan isu tersebut hendaklah menyalurkan menggunakan cara yang betul, bukan dengan tindakan provokasi.

“Kita telah hantar tenaga bantuan daripada PGA ke Raub untuk memastikan isu ketenteraman awam dapat dikendalikan dengan baik.

“Urusan pencerobohan tanah di Raub ini adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Tanah Daerah Raub dan Jabatan Perhutanan Pahang.


Gabungan tangkap layar video yang merakamkan kekecohan melibatkan pekebun durian haram Musang King dan anggota penguatkuasa di Hutan Simpan Kekal Batu Talam di Raub, kelmarin.

“Pihak polis hanya akan pastikan bahawa keselamatan mereka akan sentiasa terjaga dalam usaha menguatkuasakan perkara yang perlu dikuatkuasakan dalam isu ini,” katanya.

Polis Pahang buka 2 kertas siasatan terhadap Ronnie Liu

Lengah operasi musnah kebun durian haram, pekebun robohkan jambatan

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan tinjauan di beberapa lokaliti sekitar Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), hari ini.

Tindakan 18 individu dipercayai pekebun durian haram Musang King memasuki Hutan Simpan Kekal Batu Talam di Raub, kelmarin mengundang padah apabila kesemua ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) kerana menceroboh.


Polis Pahang membuka dua kertas siasatan terhadap Ronnie Liu berhubung kehadirannya di Kompleks Mahkamah Raub, semalam.

Kesemua individu itu turut mencetuskan provokasi melampau terhadap kakitangan jabatan yang menjalankan operasi penguatkuasaan membersihkan ladang haram di kawasan tersebut.

Polis Pahang malah membuka dua kertas siasatan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu berhubung kehadirannya di Kompleks Mahkamah Raub, semalam.

Ia selepas satu video tular memperlihatkan Ronnie Liu mempersoalkan tugas pegawai polis di hadapan sebuah lori polis yang membawa kesemua pekebun terbabit di Kompleks Mahkamah Raub.

Difahamkan berlaku kekecohan di pekarangan mahakamah ketika 18 pekebun yang ditahan di Hutan Simpan Kekal Batu Talam, Raub, kelmarin dibawa untuk mendapatkan perintah reman. Utv


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mila terkilan dituduh jual durian harga Yahudi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker