Mesyuarat tertutup Zahid, Ismail Sabri selesai

Sebaran :

Mesyuarat tertutup Zahid, Ismail Sabri selesai . Mesyuarat tertutup antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama beberapa pemimpin tertinggi parti tersebut selesai selepas berlangsung lebih dua jam di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan.

Namun tiada apa-apa kenyataan rasmi dikeluarkan UMNO berhubung mesyuarat yang bermula pada jam 9.00 malam tadi.

Pada Isnin, beberapa pemimpin tertinggi UMNO berada di Ibu Pejabat UMNO itu sejak tengah hari tadi dipercayai bagi membincangkan tindakan lanjut yang akan diambil selepas berakhirnya tempoh 14 hari diberikan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk memanggil sidang Parlimen.

Antara yang dilihat hadir, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Razali Ibrahim dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.



Pertemuan tertutup malam ini adalah yang kedua berlangsung membabitkan sejumlah besar ahli parlimen Umno selepas kali pertama diadakan pada Sabtu lalu di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.

Untuk rekod pada 21 Jun lalu Umno memberikan tempoh 14 hari kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk membuka semula parlimen selepas digantung atas alasan darurat.

Mesyuarat tertutup Zahid, Ismail Sabri selesai

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Tajuddin kata tempoh 14 hari bukan diputuskan MKT UMNO

 


Sebaran :

Leave a Reply