Timbalan Menteri PN nikah di Thailand?

Timbalan Menteri PN nikah di Thailand?

Majlis Agama Islam Narathiwat siasat dakwaan timbalan menteri PN nikah

Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat Thailand akan menyiasat dakwaan berlangsungnya majlis akad nikah secara dalam talian dikatakan melibatkan timbalan menteri PN, kata laporan.

Pihak berkuasa agama wilayah selatan negara jiran itu juga dipetik Astro Awani memaklumkan akan memanggil seorang imam Masjid Kedai Baru, Sungai Golok yang didakwa menjalankan akad nikah itu.

Timbalan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat menjelaskan pihaknya tidak pernah mengiktiraf pernikahan secara dalam talian.

“Kita akan panggil imam itu, untuk dapatkan maklumat, kita akan tanyakan perkara itu, kerana majlis agama tidak bagi kebenaran nikah menggunakan telefon (online),” katanya lapor Astro Awani.

Abdul Aziz dipetik berkata demikian ketika diminta mengulas satu rakaman pernikahan melalui telefon yang didakwa membabitkan seorang ahli parlimen di Kelantan berserta dua saksi.

Sejak semalam tular di media sosial dakwaan video dan salinan sijil nikah pemimpin berkenaan yang tidak dapat dipastikan kesahihannya secara bebas.

Sijil nikah yang didakwa itu menunjukkan tarikh pernikahan pada 1 Jun lepas. Mk

Timbalan Presiden Salahuddin Ayub berkata, walaupun seseorang itu berhak berkahwin, namun seorang wakil rakyat, lebih lagi seorang anggota eksekutif kerajaan, harus peka dengan keluh-kesah orang kebanyakan dan menunjukkan contoh yang baik.

“Keutamaan ketika ini adalah fokus membantu rakyat, terutama Covid-19 dilihat semakin parah dengan ramai rakyat bertindak membunuh diri malah ramai merungut tiada makanan,” katanya

Timbalan Menteri PN nikah di Thailand?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Rina dikritik kerana politikkan bakul makanan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker