Resepi sambal tumis sotong petai

Resepi sambal tumis sotong petai

Siapa yang tak suka makan sotong mesti rugi. Sambal tumis sotong dengan petai ini memang sedap tak terkata.

Sebelum nak beli sotong kita kena periksa struktur badan sotong terlebih dahulu. Biasa sotong segar, struktur badannya akan pejal, kenyal dan tidak lembik bila ditekan. Memang kalau pegang jer dah tahu segar.



Aumm kalau masak mesti sedap dan menyelerakan. Mmm yummy!!! Jom sambung tips seterusnya hehe.

Jom tengok resepi dulu….

Bahan bahan:

2 ekor sotong saiz besar – hiris kecil
5 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Cili kisar secukupnya – ikut pedas disukai
Petai – buang kulit dan belah
1 asam keping
Gula
Garam



Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis bawang bawang yang dikisar dan cili kisar sehingga ianya benar benar garing.

Masukkan petai dan gula. Kacau seketika sebelum dimasukkan sotong.

Akhir sekali masukkan asam dan garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Saya tak memasukkan air kerana sotong mengeluarkan air yang banyak.



Selamat menjamu selera.
Azie Kitchen

Tips Mudah Buang Kulit Sotong
Sebenarnya tak renyah pun nak buang kulit sotong. Ada sesetengah orang kata renyah sebab mereka tak tahu tips mudah buang kulit sotong. Caranya kita gunakan surat khabar untuk lurutkan kulit sotong tu.

Mudah jer kalau gunakan surat khabar. Tak percaya? Cuba la nanti mesti anda semua akan terkejut dengan hasilnya.



Resepi sambal tumis sotong petai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Ayam Cordon Bleu Sos Lada Hitam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker