Anak Ketiga Soekarno Meninggal Dunia [VIDEO]

Anak Ketiga Soekarno Meninggal Dunia

JAKARTA – Anak ketiga Presiden pertama Indonesia, Soekarno iaitu Rachmawati Soekarnoputri meninggal dunia hari ini pada usia 70 tahun di Rumah Sakit Pusat Angkatan Darat (RSPAD) Gatot Soebroto pukul 6.45 pagi (waktu tempatan), lapor laman berita Kompas.com.

Wakil Sekretaris Jenderal Partai, Gerindra Andre Rosiade mengesahkan Rachmawati positif Covid-19.



“Benar, Rachmawati meninggal dunia pagi tadi,” kata Andre.

Kompas.com dalam laporannya menyebut menerima maklumat yang tular bahawa Rachmawati meninggal dunia awal pagi ini.

“Berita duka..selepas sibuh..Kawan seperjuangan kita Rahmawati Sukarnoputri berpulang mendahului kita semua menghadap sang Chalik…

“Maafkan segala kesalahan dan doakan semoga almarhumah husnul khotimah…amiiiiiiiin,” tulis pesanan ringkas yang diterima Kompas.com.

Andre bagaimanapun berkata bahawa punca kematian tidak diketahui. Namun, Rachmawati disahkan positif Covid-19 pada 26 Jun yang lalu dan dibawa ke hospital.

“Pada 26 Jun lalu, beliau disahkan positif Covid-19 dan dirawat di hospital,” jelas Andre.

Rachmawati dilahirkan di Jakarta pada 27 September 1950 dan merupakan anak kepada pasangan Soekarno dan Fatmawati. -Agensi



Anak Ketiga Soekarno Meninggal Dunia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




[VIDEO] Netizen Mahu Beli Wang Lama Gambar Presiden Indonesia Soekarno Bernilai RM113,000 Melengkung Dengan Sendirinya

Psikik Tersohor Indonesia, Mbak You Meninggal Dunia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker