Psikik Tersohor Indonesia, Mbak You Meninggal Dunia

Psikik Tersohor Indonesia, Mbak You Meninggal Dunia

JAKARTA – Ahli psikik dan Youtuber terkenal Indonesia, Mbak You dilaporkan meninggal dunia di usia 47 tahun, lapor laman berita Kompas.com, hari ini.

Berita kematian Mbak You atau nama sebenarnya Euis Juwariyah Johana disahkan oleh salah seorang ahli yang mengendalikan saluran Youtube milik beliau.

“Ya, Mbak You sudah meninggal dunia di Hospital Premier Bintaro, Banten

“Punca kematian belum dikenal pasti,” kata wakil tersebut.

Tambahnya, jenazah Mbak You kini sedang menjalani ujian Covid-19 dan proses pengebumian bergantung pada keputusan saringan.

“Jika positif, jenazahnya akan diuruskan oleh petugas khas Covid-19.

“Sekiranya negatif, keluarganya akan menuntut jenazah untuk dikebumikan,” ujar wakil berkenaan.

Mbak You menjadi popular di Indonesia apabila ramalannya tentang kehidupan peribadi selebriti dan insiden-insiden besar negara sering mengena.

Antara ramalannya yang menjadi kenyataan adalah nahas pesawat Sriwijaya Air pada awal tahun ini.

Ramalan terbaharu Mbak You tahun ini adalah pemerintahan Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi akan tamat dan beliau akan digulingkan.  – Agensi

Psikik Tersohor Indonesia, Mbak You Meninggal Dunia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

 

Berpuluh-puluh maut di Kanada akibat gelombang panas

Lelaki pecah masuk pasar raya ditahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker