Lelaki pecah masuk pasar raya ditahan

Lelaki pecah masuk pasar raya ditahan

BINTULU: Polis menahan seorang lelaki yang memecah masuk sebuah pasar raya di Naim Bintulu Paragon, Jalan Lapangan Terbang Lama di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili berkata suspek, 37, cuba melarikan diri semasa tangkapan dibuat.



“Dalam usaha melarikan diri, suspek telah merosakkan beberapa barang di dalam premis.

“Hasil pemeriksaan mendapati siling pasar raya telah pecah, penyaman udara dan beberapa barang jualan di dalam pasar raya turut rosak akibat dipukul oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkipli berkata suspek direman sehingga 5 Julai ini untuk membantu siasatan lanjut. UB

Lelaki pecah masuk pasar raya ditahan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Apa susah sangat? #tutupkilang – Ashraf Muslim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker