Kelulusan pergerakan individu bekerja sendiri hingga 7 Julai

 

Tempoh kelulusan pergerakan secara one-off yang diberikan kepada pekerja sendiri yang tamat semalam, dilanjutkan hingga 7 Julai ini, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata, sebelum ini, polis memberikan kelulusan pergerakan secara one-off kepada pekerja sendiri seperti tukang paip, penyelenggara, penjaja tepi jalan yang tiada majikan untuk beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.



“Bagi pergerakan selepas 7 Julai di bawah fasa 1 Pelan Pemulihan Negara, tukang paip, penyelenggara dan penjaja tepi jalan yang tiada majikan perlu mengemukakan permohonan baharu.

“Kelulusan pergerakan ini akan diberikan untuk tempoh 14 hari dan perlu memohon semula apabila tamat,” katanya dalam kenyataan hari ini. -Bernama

Kelulusan pergerakan individu bekerja sendiri hingga 7 Julai

 


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Tak perlu ugut doktor kontrak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker