Sidang DUN Pahang mula selepas darurat tamat

Sebaran :

Sidang DUN Pahang mula selepas darurat tamat. Kerajaan negeri Pahang merancang untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas tempoh darurat tamat pada Ogos ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata, Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Ishak Muhamad juga akan memohon menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mendapatkan perkenan baginda.

“Kita sudah bersedia untuk kembali bersidang kerana banyak isu rakyat yang perlu dibincangkan selepas lama tidak bersidang, tetapi sudah tentu persidangan tidak berlangsung dalam tempoh darurat.“Kita tidak bercadang bersidang secara maya, sebaliknya akan melakukannya secara fizikal dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, kerana ia berlangsung dalam Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian kepada pemberita pada Selasa selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Marina Awam Pulau Tioman dan Kampung Genting yang dibuka sejak Isnin lalu bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Pulau Tioman, melibatkan suntikan vaksin kepada 1,700 penerima.



Berdasarkan perancangan asal, persidangan DUN Pahang dijadual berlangsung selama lima hari bermula 16 Ogos.

Wan Rosdy berkata, tidak ada masalah untuk wakil rakyat bersidang secara fizikal di Wisma Sri Pahang, Kuantan memandangkan perkara itu pernah dilakukan mengambil kira kali terakhir ia berlangsung ialah pada November 2020 semasa Pahang berada di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketika itu, katanya, jumlah kehadiran dalam persidangan DUN adalah terhad menyebabkan kehadiran ketua jabatan tidak dibenarkan, selain aspek penjarakan fizikal dibuat pada kedudukan tempat duduk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan pemasangan cermin pemisah serta mewajibkan pemakaian pelitup muka sepanjang masa. – Bernama

Sidang DUN Pahang mula selepas darurat tamat


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Tak perlu ugut doktor kontrak

 


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.