Tak perlu ugut doktor kontrak

Tak perlu ugut doktor kontrak

Tak perlu ugut kenakan tindakan disiplin pada doktor kontrak lancar mogok, kata Puad Zarkashi

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi menggesa kerajaan membuka rundingan terlebih dahulu berbanding mengenakan tindakan disiplin terhadap doktor kontrak yang dipercayai mahu melancarkan mogok.

Beliau berkata turut difahamkan terdapat usaha untuk menghalang doktor kontrak terbabit melancarkan mogok itu pada hujung Julai nanti.

“Sekurang kurangnya bagi mereka kemudahan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terlebih dahulu.

“Doktor kontrak adalah sebahagian daripada ‘frontliner’ yang tidak kenal erti penat. Mari kita sokong perjuangan mereka,” katanya di Facebooknya.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan portal Malaysiakini yang melaporkan menurut sumber, sekumpulan pegawai perubatan kontrak dari Hospital Sultanah Nur Zahirah di Terengganu memaklumkan mereka berisiko berdepan tindakan disiplin sekiranya menyertai mogok itu.

Menurut mereka mesej itu disampaikan Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu Dr Saifur Rahman Muhammad kepada kira-kira 40 pegawai perubatan kontrak yang menghadiri libat urus selama satu jam di auditorium hospital itu semalam.

Dalam pada itu, Puad berkata terdapat lebih kurang 23,000 doktor berstatus kontrak masa ini yang mahu pembelaan dilantik ke jawatan tetap.

“Kalau ‘dentist’, guru, polis, pegawai tadbir dan diplomatik (PTD), imigresen dan lain lain boleh dilantik ke jawatan tetap, kenapa tidak mereka?

“Isu ini sudah bertahun. Tiada penyelesaian. Lebih setahun mereka jadi ‘frontliner’ tanpa rehat. Maka langkah mogok adalah wajar jika Kerajaan PN pekak telinga.

“Jangan jadikan ‘timing’ dan pandemik sebagai alasan. Mereka bukan tuntut untuk jadi kaya,” katanya. FMT

Tak perlu ugut doktor kontrak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pemulih: Mana strategi pemulihan ekonomi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker