TMJ minta pastikan tiada rakyat Johor kelaparan



Sebaran :

TMJ minta pastikan tiada rakyat Johor kelaparan. Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta supaya belia Johor melalui platform Southern Volunteers untuk membantu kerajaan negeri menggerakkan bantuan untuk disalurkan kepada rakyat Johor.

Tunku Ismail berkata, bantuan ini harus diberikan secepat mungkin kerana ramai rakyat Johor yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Saya sedih mendengar berita ramai rakyat yang tertekan akibat kehilangan pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat pandemik ini. Ia benar-benar telah menduga rakyat Johor secara keseluruhan.

“Saya berharap tiada Bangsa Johor yang terpaksa berlapar kerana ketiadaan makanan di rumah sepanjang tempoh yang mencabar ini,” kata Tunku Ismail.



Tunku Ismail turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berikutan pengumuman peruntukan yang besar untuk membantu rakyat Johor baru-baru ini.

Tunku Ismail percaya muafakat pelbagai pihak mampu membantu rakyat Johor yang terkesan.

“Saya percaya dengan muafakat kepimpinan negeri, pegawai daerah, datuk bandar, yang dipertua, penghulu, ketua kampung dan belia Johor, kita mampu membantu rakyat secara lebih efektif dan berkesan.

“Sama-samalah kita menggembeleng tenaga dan kudrat untuk membantu golongan yang sangat memerlukan bantuan pada ketika ini. Allah Peliharakan Sultan,” kata Tunku Ismail.-SM



TMJ minta pastikan tiada rakyat Johor kelaparan

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kenyataan Peguam Negara Tidak Beradab, Perlu Dipecat – Majlis Presiden PH


Sebaran :


Leave a Reply