Lelaki dakwa wujud perkauman dalam pemberian vaksinasi




Lelaki dakwa wujud perkauman dalam pemberian vaksinasi

Polis siasat lelaki dakwa wujud perkauman dalam pemberian vaksinasi

Polis sedang menyiasat seorang lelaki berikutan dakwaannya bahawa golongan bukan Islam menerima vaksin Sinovac yang berkualiti rendah, manakala orang Islam diberi suntikan Pfizer yang berkualiti tinggi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata dalam satu kenyataan, Ganesparan Nadaraja disiasat berikutan video berdurasi lapan minit 54 saat dipercayai dimuat naik ke Facebook semalam bertajuk “Racist In Vaccine Malaysia”.

Katanya, video yang mendapat lebih 10,000 tontonan itu mengandungi kenyataan berkecenderungan menghasut, berbaur perkauman, bersifat jelik terhadap institusi diraja dan kerajaan, yang boleh menyebabkan kegentaran awam.




“Sejak 2018, 18 kertas siasatan dibuka terhadap suspek di bawah Akta Hasutan 1948 dan kesalahan di bawah Seksyen 298A, Seksyen 500, Seksyen 504 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan,” katanya.

Abd Jalil berkata, suspek dipercayai kini berada di Jerman dan pemeriksaan dengan Jabatan Imigresen mendapati kali terakhir suspek meninggalkan Malaysia ialah pada 2 November 2017.

“Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek untuk tampil membantu siasatan,” katanya.

Tambahnya orang ramai turut dinasihatkan agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.” FMT




Lelaki dakwa wujud perkauman dalam pemberian vaksinasi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tak buat apa masa jadi PM



Leave a Reply

Your email address will not be published.