Resepi Nasi Kari Ketam Lazat Sekal




Resepi Nasi Kari Ketam Lazat Sekali

Rugi kalau tak cuba resepi nasi kari ketam ini. Rasanya memang cukup lazat, mesti tamvah punya. Tunggu apa lagi jom masak.

Bahan-Bahan:

2 cawan beras basmathi (basuh dan rendam 1/2 jam. Toskan dan bilas)⁣
4 ekor ketam bunga⁣
4 biji telur (rebus)⁣
1/2 cawan minyak masak
2 sudu butter⁣
1 tangkai daun kari⁣
2 pokok daun ketumbar (asingkan akar)⁣
2 btg serai (ketuk)⁣
2 biji tomato⁣
4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, pelaga & kayu manis)⁣
2 helai daun bay⁣
1 biji bawang besar⁣
4 ulas bawang putih⁣
1/2 inch halia⁣
air secukupnya⁣
1 paket kecik serbuk kari seafood⁣
garam, gula & serbuk perasa⁣
1 tin susu cair ⁣
1 biji terung⁣
2 biji lada hijau
sedikit bawang goreng⁣

Cara Memasak:




1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia dengan sedikit air.

2. Panaskan minyak dan butter, tumis daun kari, serai, akar ketumbar, sebiji tomato didadu. Kacau.⁣

3. Tambah 4 sekawan dan daun bay. Kacau sampai naik bau.⁣ Tambah bahan kisar dan serbuk kari. Kacau sampai semua garing dan pecah minyak.⁣

4. Masukkan air secukupnya. Kacau. Perasakan garam, gula dan serbuk perasa. Kacau dan biar mendidih.⁣

5. Masukkan susu cair. Kacau rata. Bila dah mendidih, masukkan ketam dan terung. Kacau sebati dan biar sehingga ketam 70% masak.




6. Keluarkan ketam. Kacau kuah biar sedikit kering. Masukkan beras basmathi yang dah ditos. Kacau sampai beras menjadi kering. Masukkan 2 + 3/4 cawan air. Kacau rata, kecilkan api.⁣

7. Musun ketam tadi, telur rebus, sebiji tomato dipotong 8, lada hijau dan daun ketumbar. Tutup periuk dan biar sehingga nasi dan ketam masak.⁣

Bahan untuk Acar/Selatah⁣:

1 batang timun jepun⁣
1 biji tomato⁣
1 biji bawang besar⁣
2 biji lada besar hijau⁣
3 biji cili api⁣
garam & gula⁣
1/2 cwn jus limau⁣

Cara Buat:⁣




Potong dadu timun, tomato, bawang besar, lada hijau dan cili api.⁣

Kacau semu bahan, sesuaikan rasa.

Sejukkan dalam peti ais. Hidangkan dengan Nasi Kari Ketam.⁣

Resepi Oleh Dapurfaafeefoo

Resepi Nasi Kari Ketam Lazat Sekali





Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi udang rangup salut wantan



Leave a Reply

Your email address will not be published.