Doktor seru longgarkan PKP, buka sektor tanpa ‘Kluster’

 

Doktor seru longgarkan PKP, buka sektor tanpa ‘Kluster’. Sebuah kumpulan doktor menggesa kerajaan melonggarkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan membenarkan sektor yang tidak menyumbang kepada kluster Covid-19 dibuka semula.

Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) berkata, sebarang langkah untuk mengetatkan “total lockdown” ketika ini tidak akan bermakna kerana ia sepatutnya dilaksanakan lebih ketat sejak awal lagi.

Presiden FPMPAM, Dr Steven Chow menggesa PKP dilonggarkan kerana impak ke atas ekonomi daripada tindakan mengetatkan “lockdown” adalah dahsyat.

Walaupun menyokong beberapa kelonggaran diberikan kepada sektor ekonomi, beliau bertegas SOP ketat perlu dilaksanakan.

“Untuk mengetatkan skru sekarang ternyata adalah tindak balas lambat tanpa pertimbangan teliti kerana ekonomi akan teruk terjejas. Jumlah jangkitan tidak berkurangan dengan banyak, walaupun hakikatnya kita tidak melakukan ujian mencukupi.

“Malah, standard ujian kita di bawah piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). (Peningkatan kes sporadik) tidak mengejutkan kerana virus merebak dalam isi rumah, masyarakat dan daerah.”

Chow berkata, program vaksinasi perlu dipercepatkan, tetapi doktor swasta tidak dapat menyertai kempen itu akibat birokrasi dalam proses pendaftaran.

Bekas timbalan menteri kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, PKP penuh yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu gagal mengurangkan kes Covid-19, dengan majoriti kluster datang daripada tempat kerja.

Kluster ini, khasnya di kilang, kemudiannya menyebabkan jangkitan dalam komuniti dan kes sporadik.

Beliau berkata, kemungkinan besar penularan Covid-19 dalam kluster kilang berpunca daripada asrama pekerja atau apabila mereka dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Pegawai kesihatan boleh melakukan pemeriksaan mengejut di kilang atau tapak pembinaan untuk melihat jika mereka mematuhi SOP. Tetapi, bagaimana dengan keadaan di asrama, selepas mereka kembali dari tempat kerja?” soalnya sambil menambah keadaan di asrama perlu diperbaiki.

Beliau senada dengan Chow supaya tidak melaksanakan “lockdown” lebih ketat sekarang, sebaliknya mencadangkan perintah kawalan pergerakan diperketatkan dilaksanakan di lokaliti dengan kes tinggi.

Doktor seru longgarkan PKP, buka sektor tanpa ‘Kluster’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 


Tok Mat tegaskan pemilihan Umno diadakan lebih awal jika Covid-19 semakin baik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker