Resepi udang rangup salut wantan


Resepi udang rangup salut wantan

Bila bicara soal makanan seperti wantan dan dumpling, kebanyakan orang merasakan kedua-dua jenis makanan ini adalah sama kerana kedua-duanya mempunyai inti dan saiz juga lebih kurang sama.

Tapi hakikatnya wantan dan dumpling merupakan dua makanan yang berlainan

Bagi penggemar udang, resepi udang rangup salut wantan ini antara yang harus anda cuba. Sangat senang dan bahan pun mudah didapati. Jom cuba!



Resepi udang rangup salut wantan
BAHAN

12 ekor udang sederhana besar – bersih dan buang
5 ulas bawang putih – cincang
3 cm halia – cincang
1 tangkai cili merah – cincang
1 tangkai daun ketumbar – cincang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar jus limau nipis
½ sudu kecil minyak bijan
Sedikit garam
Sedikit lada putih
1 cawan tepung gandum
4 biji telur – pukul
12 keping kulit wantan – gunting
3 sudu besar sos cili Thai
Minyak masak untuk menggoreng

Resepi udang rangup salut wantan
CARA

1.Di dalam mangkuk, satukan bawang putih, halia, cili merah, daun ketumbar, sos tiram, minyak bijan, jus limau nipis, garam dan lada putih. Gaul rata.



2.Kemudian gaulkan dengan udang tadi.

3.Lumurkan udang bersama tepung (jangan terlalu tebal).

4.Gaulkan pula dengan telur.

5.Seterusnya balutkan udang dengan dengan kulit wantan yang telah digunting halus.



6.Kemudian goreng dengan minyak yang banyak dan panas sehingga kuning keemasan. Angkat dan tuskan minyak. Sedia untuk dihidangkan bersama sos chili Thai.

Resepi oleh Chef Kamarul

Resepi udang rangup salut wantan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Terung Cili Kering Udang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker