Krisis dan suhu politik meningkat berpunca daripada PN

Krisis dan suhu politik meningkat malah andai berlaku krisis perlembagaan, ia adalah berpunca daripada Perikatan Nasional (PN). Umno hari ini memberi ingatannya kepada Kerajaan PN.

Ketua Penerangan Umno Malaysia Shahril Hamdan berkata apabila parti itu menggesa PN bertindak membuka semula parlimen, ia dibuat selaras dengan perlembagaan parti yang mendukung sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

Mengingatkan Umno akan mengadakan mesyuarat khas majlis tertinggi (MT) andai kerajaan gagal memulakan langkan mengadakan sidang parlimen dalam tempoh dua minggu mulai hari ini Shahril berkata, pendirian berkenaan selari dengan mandat yang diberikan perwakilan kepada parti pada akhir Mac lalu.



“Jika timbul kenaikan suhu politik mahupun krisis Perlembagaan, ia adalah berpunca dari pendirian kepimpinan kerajaan yang berkeras (enggan membuka parlimen),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahril yang juga naib ketua Pemuda Umno Malaysia menambah parti itu tidak mampu mendiamkan diri apabila kerajaan PN dilihat berdolak-dalik dalam isu memanggil sidang Dewan Rakyat secepat mungkin seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong.

“Jadi tentunya apabila tindakan kerajaan seakan-akan masih tidak mengendahkan titah Agong dan Raja-raja Melayu, Umno tidak mampu berdiam diri,” katanya.

Pagi tadi Umno memberikan tempoh 14 hari kepada PN memulakan langkah membuka parlimen seperti yang diisyaratkan Raja-raja Melayu dalam kenyataan mereka pada 16 Jun lalu.



Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata kegagalan berbuat demikian akan mendorong parti berkenaan mengadakan mesyuarat khas majlis tertinggi bagi mencari tindakan sewajarnya.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Ahmad Zahid berkata kegagalan kerajaan PN melaksanakan titah Raja-raja Melayu adalah perbuatan menderhaka serta tidak menghormati institusi istana.

Sementara itu anggota MT Umno, Armand Azha Abu Hanifah, menyambut baik keputusan pimpinan parti yang memberikan tempoh 14 hari tersebut.

Armand yang juga Ketua Umno Subang berkata ketetapan itu selari dengan keputusan persidangan khas Majlis Raja-Raja Melayu Jumaat lalu.



Umno Kelantan pula berkata sidang parlimen perlu diadakan secepat mungkin kerana tuntutan keadaan semasa.

Pengerusinya Ahmad Jazlan Yaakub berkata rakyat perlu tahu dan mendapat penjelasan daripada kerajaan untuk setiap perbelanjaan yang digunakan ketika darurat kerana banyak menimbulkan persoalan termasuk berkaitan kemungkinan ketirisan.

Krisis dan suhu politik meningkat berpunca daripada PN


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Parlimen boleh bersidang dalam kilang, sana selamat – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker