Pentadbiran ‘kayangan’, Masazlina dan timbalan PPBM JB letak jawatan

Sebaran :


Pentadbiran ‘kayangan’, Masazlina dan timbalan PPBM JB letak jawatan

JOHOR BAHRU: Pengerusi Tetap Wanita Bersatu Bahagian Johor Bahru, Masazlina Bachok dan timbalannya, Khairunnisah Ali mengumumkan peletakan jawatan mereka berkuat kuasa semalam.

Turut sama meletak jawatan enam Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita bahagian itu.

Dalam satu surat yang dilihat FMT, dokumen peletakan jawatan bertarikh 20 Jun itu diajukan kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Hamzah Zainudin dan Ketua Wanita Rina Mohd Harun.

Masazlina yang juga ketua Wanita Cawangan Taman Abad ketika dihubungi mengesahkan sudah menghantar surat berkenaan semalam kepada tiga penama yang tertera dalam dokumen itu.

“Betul (surat peletakan jawatan), semalam saya hantar. Setakat ini belum ada maklum balas daripada pucuk pimpinan parti,” katanya kepada FMT.

Dalam surat itu, Masazlina mendakwa peletakan jawatan mereka antara lain dilakukan kerana Ketua Wanita Bahagian Johor Bahru, Azlinda Abdul Latif tiada ketelusan dalam kepimpinan.

Beliau berkata, Azlinda yang juga setiausaha politik kepada perdana menteri bertindak lepas tangan dalam sesuatu masalah dan menganggap remeh setiap perkara dibangkitkan selain kepimpinan berat sebelah.

“Suara akar umbi juga kurang mendapat perhatian seolah-olah wujud pentadbiran kayangan. Begitu juga mengamalkan perpecahan dalam parti dan mengetepikan perlembagaan parti yang menerapkan nilai penyatuan.

“Selain itu pelantikan penasihat Wanita dilakukan tanpa persetujuan dan perbincangan bersama AJK yang dipilih,” katanya dalam surat itu.

FMT cuba mendapatkan pucuk pimpinan Bersatu Johor bagi mengulas perkara itu.
FMT

Pentadbiran ‘kayangan’, Masazlina dan timbalan PPBM JB letak jawatan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mila Jirin terpaksa jual durian


Sebaran :

Leave a Reply