Mila Jirin terpaksa jual durian


Mila Jirin terpaksa jual durian
Berdepan kemelut kewangan, Mila Jirin tak buang pekerja tapi terpaksa potong gaji

Penyanyi yang juga ahli perniagaan, Mila Jirin, 34, mengakui dia terpaksa membuat pemotongan gaji kepada pekerjanya ketika ini bagi memastikan kelangsungan bisnesnya dapat bertahan dan diteruskan.

Mila dihubungi berkata dia bagaimanapun bersyukur kerana masih mampu mengekalkan kira-kira 100 orang pekerja untuk terus berkhidmat dengan syarikatnya meskipun kini berdepan kemelut kewangan.

“Alhamdulillah, saya bersama suami, Isz Mustapha bersyukur kami masih dapat mengekalkan kesemua pekerja meskipun sukar. Walaupun ada pekerja yang terpaksa kita membuat pemotongan gaji mereka bagi memastikan sama-sama bertahan dalam syarikat.



“Tapi, hingga kini dengan apa yang berlaku sekarang ia tidak mematahkan semangat kami semua untuk terus berusaha membantu syarikat dan juga membantu pendapatan masing-masing sehingga perancangan pelan pemulihan kerajaan nanti,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, dia juga akur apabila kerajaan memaklumkan industri sektor sosial akan mula dibenarkan beroperasi sekitar hujung tahun ini pada November atau Disember.

“Jadi, saya di Bizmilla semestinya kena membuat perancangan teliti untuk menghadapi tempoh dalam beberapa bulan lagi sekitar enam bulan ini bagi kami cuba bertahan sedaya yang mampu.

“Buat masa sekarang, kita di Bizmilla giat memasarkan produk makanan seperti nasi arab, kek dan pastri termasuk durian Balik Pulau yang diambil terus dari Pulau Pinang kerana sudah musim dan dijual di Puchong, Selangor,” katanya.



Mila berkata apapun dia memohon doa supaya pasukan kerjanya terus bertahan. Malah, ujarnya dia juga berterima kasih kepada semua pelanggan setia Bizmilla yang tidak putus memberi sokongan dan kata-kata semangat kepadanya.

“Sejujurnya, sekarang saya dan suami bersama pasukan pekerja kami cuba cekal menghadapi dugaan ini, membuat apa saja yang termampu dan apa saja yang Allah hadirkan rezeki tanpa banyak berfikir.

“Saya yakin dengan hikmah yang Allah sediakan buat kita semua di sebalik dugaan besar Covid-19 ini. Harapan saya, semoga kita akan menang dalam peperangan pandemik ini dan seteruskan mendapat semula kehidupan lalu kita yang dirindui,” katanya.

Lebih setahun berhadapan situasi penularan Covid-19 yang melanda negara sejak tahun lalu, Mila berkata perjuangan kita semua belum selesai. Katanya, semoga kita terus kuat dalam menghadapi perjuagan ini. HM



Mila Jirin terpaksa jual durian


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nabila mengamuk sakan sebab body shaming



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker