Nabila mengamuk sakan sebab body shaming


Nabila mengamuk sakan sebab body shaming

Nabila Huda ‘mengamuk’! Siap bagi amaran keras kepada yang suka ‘body shaming’ – “ saya Amy Search, kamu ada apa?…”

AKTRES Nabila Huda memberi amaran kepada mereka yang gemar mempertikaikan bentuk badan seseorang atau ‘body shaming’.

Ujar pelakon filem MAMA itu, dia kesal dan geram masih ada lagi segelintir pihak yang mempunyai sikap memperlekehkan bentuk badannya.

“Saya bagi amaran keras kepada sesiapa sahaja yang suka membanding-bandingkan bentuk badan saya. Lebih baik awak berhenti kalau tak nak saya keluarkan kata-kata kesat yang boleh menyakiti hati anda dan keluarga.

“Awak kenal saya, tetapi sebenarnya awak tidak tahu siapa saya yang sebenarnya. Saya bercakap mewakili semua wanita dan yang lalui benda ini (body shaming).

“Tak kiralah macam mana rupa kita, rambut kita, kulit kita dan bentuk badan kita, setiap orang cantik dengan cara mereka sendiri. Berhenti membanding-bandingkan, ia sikap yang tidak baik,” katannya.

Sementara itu, Nabila turut mendedahkan pernah menyenarai hitam beberapa produksi yang pernah mempertikaikan berat badanya.

“Saya dah ‘blacklist’ beberapa produksi! Sedangkan produksi pun saya boleh ‘blacklist’ sebab mengeluarkan kata-kata ‘eh dah gemuk la sekarang’. Cuba bayangkan, anda yang tak ada kena mengena dalam hidup saya, macam mana peringkat bencinya.

“Seorang pelakon tahu apa tugas, watak dan saiz yang sesuai dengannya. Itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab untuk pastikan saiz tubuh badan kita sesuai dengan karakter.

“Seorang pelakon boleh saja nak kurus atau gemukkan badan dia mengikut permintaan watak. Ini nak tawarkan kerja, pergi tengok Instagram untuk bentuk badan terkini.

“Untuk pengetahuan, saya boleh kuruskan badan atau gemukkan badan bila-bila masa saya nak. Semua yang pernah bekerja dengan saya, mereka boleh buat permintaan tanpa masalah…memang itu sebahagian daripada profesion saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nabila atau Nabila Huda Suhaimi,36, meluahkan rasa gembira dan bahagia dengan kehidupan yang dimiliki meskipun memiliki bentuk badan berisi.

“Saya gemuk, tapi saya berkahwin, ada suami dan anak. Saya ada rumah, boleh memasak, bahagia, ada kerjaya.

“Saya adalah pemenang aktres terbaik, kulit saya cantik, saya ketawa siang dan malam, hidung saya mancung, bibir saya seksi dan saya dilahirkan popular.

“Saya ada tujuh ekor kucing, ada dua buah kereta dan motor, semua orang sayang saya. Saya juga ada gerai makan, papa saya Amy Search, kamu ada apa? Kamu tiada apa-apa,”tuturnya.

Nabila mengamuk sakan sebab body shaming


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis serbu ‘pasar raya pelacur’ di Pudu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker