Malaysia sedang bangunkan vaksin COVID-19

Sebaran :

Malaysia sedang bangunkan vaksin COVID-19

Malaysia sedang membangunkan satu vaksin COVID-19 melalui kerjasama Institut Kajian Perubatan (IMR) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata vaksin jenis messenger ribonucleic acid (mRNA) terbabit dibangunkan mulai November tahun lalu dan kini pada peringkat pengklonan varian asal virus serta varian lain SARS-CoV-2.

“Selepas ia selesai, kajian praklinikal ke atas haiwan besar dan kecil akan dilaksanakan sebelum kajian klinikal terhadap manusia dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Tindakan EU dan US membolot vaksin

Tindakan negara kaya seperti Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) membolot bekalan vaksin COVID-19, menyebabkan negara lain termasuk Malaysia lambat menerima bekalan itu hingga menjejaskan usaha mempercepat kadar vaksinasi kepada penduduk.


Susulan itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata adalah tidak adil untuk membandingkan kadar vaksinasi di negara ini dengan negara berkenaan yang membeli sejumlah besar vaksin pada peringkat awal secara pukal.

“Sebagai contoh, Hungary adalah sebahagian daripada EU dan EU berunding dengan pembekal vaksin secara pukal dengan kuasa beli mereka, selain kilang mengeluarkan vaksin juga ada di Eropah.

“Jadi, mereka membolot vaksin lebih awal lagi, sedangkan negara di Asia termasuk Jepun yang sudah maju pun sangat terkebelakang berbanding Eropah, AS, United Kingdom dan Kanada, serta negara Amerika Selatan yang menerima banyak bantuan daripada AS,” katanya pada sidang media perkembangan PICK di Putrajaya, hari ini

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mengapa kadar vaksinasi COVID-19 di negara ini lambat, berbanding negara seperti Hungary yang boleh membenarkan puluhan ribu penonton menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium mereka selepas sebahagian besar penduduk negara itu sudah menerima vaksin. BH

Malaysia sedang bangunkan vaksin COVID-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Khairuddin cabar Anwar debat secara langsung


Sebaran :

Leave a Reply