Elizad akan saman pengguna Facebook Zain Rashdan


Elizad akan saman pengguna Facebook Zain Rashdan

Pelakon Siti Elizad bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun Facebook yang menulis komen berbaur penghinaan dengan menggelar pelakon itu mandul, kelmarin.

Peguamnya, Faiz Mohd Iskandar Hamzah dari Tetuan Arief & Iskandar ketika dihubungi berkata, pihaknya kini dalam proses mendapatkan identiti sebenar individu itu yang menggunakan nama Zain Rashdan.

“Berkenaan kes ini, Elizad sudah membuat laporan polis dan juga sudah membuat aduan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Pada masa sama kami juga mencari kemungkinan untuk mengambil tindakan sivil di mahkamah terhadap pengguna Facebook itu dan kini kami berusaha untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai individu terbabit. Akaun itu juga sudah dipadamkan.

“Sebaik saja pemilik akaun itu dikenal pasti, kita akan pertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Pada masa sama kita percaya pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap laporan yang sudah dibuat,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Elizad yang juga penyampai radio Sinar FM membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil berhubung tindakan pemilik akaun itu.

Elizad dalam hantaran dimuat naik kelmarin iaitu selepas laporan dibuat berkata, tindakan individu itu adalah keterlaluan dan biadab.

Elizad menyifatkan komen dan status dimuat naik pemilik akaun itu terlalu menyakitkan buat dirinya dan sukar diterima.

Tindakan Elizad muat naik komen itu dan langkah yang diambil mendapat sokongan dalam kalangan warganet dan rakan artis.
HM

Elizad akan saman pengguna Facebook Zain Rashdan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Aliff Syukri derita rindu berbelanja di Pavillion

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker