Kapal Mewah Karam Dalam Kebakaran Marina Di Hong Kong [VIDEO]

Kapal Mewah Karam Dalam Kebakaran Marina Di Hong Kong [VIDEO]

HONG KONG: Sekurang-kurangnya 10 kapal mewah karam selepas 16 daripadanya dijilat api susulan kebakaran dahsyat di sebuah marina di Hong Kong.

Kebakaran berlaku sekitar 2.30 pagi waktu tempatan dan usaha memadamkannya mengambil masa lebih enam jam.

Empat pasukan bomba dikerahkan bagi memadamkan kebakaran itu menggunakan lapan jet air.

Satu letupan juga kedengaran semasa kebakaran di tempat perlindungan taufan di Aberdeen South itu berlaku.

Menurut pihak berkuasa, pasukan terbabit mengalami kesulitan memadamkan api kerana bot-bot terletak pada jarak yang dekat.

Tiupan angin kencang turut menjadikan usaha itu lebih mencabar.

Hampir 30 buah kapal turut terjejas dalam insiden berkenaan.

Bagaimanapun, 35 orang berjaya diselamatkan, dengan seorang dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan susulan.

Setakat ini, punca kebakaran masih belum diketahui.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker