Mustapa makan di cafe, langgar sop


Mustapa makan di cafe, langgar sop

Mustapa mohon maaf makan di kafe, serah pada polis

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mustapa Mohamed memohon maaf kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ini selepas dia didapati makan di sebuah kafe di kawasannya di Jeli, Kelantan baru-baru ini.



“Datuk Seri Mustapa mengaku berada dan dihidangkan makanan di Alfath Café, Kampung Kalai, Jeli pada Sabtu lalu.

“Berikutan tersebarnya gambar mengenai kehadiran beliau di kafe tersebut, Ketua Polis Daerah Jeli menghubungi beliau tengah hari tadi memaklumkan bahawa kertas siasatan telah pun dibuka mengenai perkara ini.

“Beliau memohon maaf atas pelanggaran SOP ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk mengambil tindakan sewajarnya,” kata pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan malam ini.

Menurut kenyataan tersebut, Mustapa telah mengunjungi kafe itu pada pukul 5.30 petang 26 Jun untuk melihat bagaimana pemilik kafe berkenaan berjaya meneruskan perniagaannya walaupun berdepan PKP 3.0.



Pemilik kafe itu kemudian berkongsi gambar lawatan itu dan mengucapkan terima kasih kepada Mustapa kerana mendengar luahan mereka.

Berdasarkan gambar tersebut, Mustapa dilihat menjamu selera di kafe berkenaan bersama beberapa individu lain.

Bagaimanapun, gambar-gambar tersebut menjadi tular kerana perbuatan makan di dalam kedai makan atau restoran tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP.

Kedai makan atau restoran hanya dibenarkan menjual makanan melalui perkhidmatan bawa pulang, penghantaran atau menerusi perkhidmatan pandu lalu.



Mustapa makan di cafe, langgar sop


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tak buat apa masa jadi PM



Related Articles

One Comment

  1. Inilah masalahnya, kalau tak didenda RM50,00/- suka2 langgar SOP. Kalau didenda oleh pihak penguatkuasa, cakap pihak penguatkuasa otak kat lutut. Ikutlah SOP, jangan ambil mudah, ramai yang dah mati, hospital pun dah letih dah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker