Agong panggil Speaker Dewan menghadap

Sebaran :


Agong panggil Speaker Dewan menghadap

Agong panggil Speaker Dewan Negara dan Dewan Rakyat menghadap

Yang di-Pertuan Agong telah meminta Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan Speaker Dewan Negara Rais Yatim untuk menghadap.

Rais mengesahkan bahawa pertemuan itu akan diadakan pada pukul 11 pagi Selasa depan (29 Jun).



Free Malaysia Today mengesahkan jemputan dengan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Shamsuddin malam ini.

Portal berita The Vibes sebelumnya memetik sumber yang mengatakan bahawa pertemuan itu kemungkinan berhubung permbukaan parlimen.

Perkembangan ini hadir ketika Perikatan Nasional dikritik kerana hanya akan membuka parlimen paling awal pada Ogos, meski Agong menzahirkan pandangan agar sidang parlimen dimulakan dengan segera.

Majlis Raja-Raja juga sebelum ini telah mendesak agar sidang parlimen diadakan segera.



Semalam, Azizan dan Rais mencadangkan agar persidangan hibrid parlimen diadakan pada akhir Ogos atau awal September.

Menurut Peguam Negara, Idrus Harun, terpulang kepada kabinet menasihati Agong tentang tarikh sidang parlimen.

Parlimen telah digantung sejak 11 Jan apabila darurat berkuat kuasa. Mk

Agong panggil Speaker Dewan menghadap




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tak buat apa masa jadi PM


Sebaran :

Leave a Reply