Kenyataan Peguam Negara Tidak Beradab, Perlu Dipecat – Majlis Presiden PH

Kenyataan Peguam Negara Tidak Beradab, Perlu Dipecat – Majlis Presiden PH

Kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun pada 25 Jun lepas, mengenai kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam menentukan tarikh sidang Parlimen, adalah melampaui batas adab kerana memperkecil dan memperlekehkan titah pandangan Raja-Raja Melayu.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan hari ini berkata, kenyataan itu telah mengenepikan semangat Perlembagaan dan memberi gambaran Peguam Negara telah mengenepikan institusi Raja-Raja Melayu untuk melindungi sebuah kerajaan yang mahu berkuasa mutlak tanpa kawalan, mahupun batas waktu.



Majlis Presiden mendakwa, kenyataan Peguam Negara tersebut adalah satu penderhakaan khusus terhadap Yang di-Pertuan Agong dan beliau mesti segera dipecat.

“Kenyataan Peguam Negara juga melanggar kebiasaan kerana Perkara 145(2) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa “Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara perkara undang-undang.

“Jelas sekali Peguam Negara sepatutnya memberi pandangan beliau terus kepada Yang di-Pertuan Agong serta merahsiakannya, dan bukan mengumumkan pandangan beliau secara terbuka seperti yang telah dibuat ini,” menurut kenyataan itu lagi.

Majlis Presiden PH berkata, kenyataan Idrus adalah satu bentuk “pelanggaran kerahsiaan” (breach of confidentiality) di antara peguam dan anak guam.



Kenyataan tersebut ditandatangani Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Pada 25 Jun lepas, Idrus dilaporkan sebagai berkata, penjalanan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil Parlimen bersidang hendaklah dijalankan mengikut nasihat jemaah menteri atau nasihat seorang menteri yang bertindak di bawah kuasa am jemaah menteri.

Beliau menjelaskan, Baginda hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu, menurut Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Namun, Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dalam kenyataan susulan berkata, kenyataan itu dilihat dilihat sebagai melampau dan menghina Istana Negara serta mempunyai kemungkinan untuk mengheret negara ke lembah krisis Perlembagaan Persekutuan.



Selain itu, dakwa Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, ada usaha yang sistematik digerakkan bagi menggunakan Pejabat Peguam Negara dan Pejabat Speaker Parlimen untuk melengahkan sesi Parlimen.

Dalam pada itu, Majlis Presiden PH berkata, situasi sekarang memperlihatkan begitu ramai yang hilang nyawa dan pekerjaan, ekonomi kekal suram, serta kerajaan yang tidak stabil lagi tiada keabsahan.

Menurut kenyataan itu lagi, rakyat menaruh harapan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu untuk menitahkan pandangan yang mampu mencari penyelesaian kepada krisis ini.

“Inilah yang rakyat lihat apabila Istana Negara dan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengeluarkan kenyataan media pada 16 Jun lalu, termasuk dalam aspek Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri perlu bersidang secepat mungkin,” kata Majlis Presiden PH lagi.



Kenyataan Peguam Negara Tidak Beradab, Perlu Dipecat – Majlis Presiden PH


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dua sidang parlimen mengelirukan



Rampasan 3 tan ayam disumbang kepada Zoo Melaka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker