Penasihat Khairy jawab Mariah isu vaksin Selangor


Penasihat Khairy jawab Mariah isu vaksin Selangor

Vaksinasi di Selangor: Penasihat KJ sangkal Siti Mariah

Dua penasihat kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) Khairy Jamaluddin menjawab kritikan Exco Kesihatan Selangor Siti Mariah Mahmud mengenai bekalan vaksin di negeri itu.

Penasihat Khas (Sains) Ghows Azzam dan penasihat berkaitan teknologi, Dimishtra Sittampalam menyangkal kenyataan Siti Mariah yang sebelum ini menggesa Khairy agar “jujur” mengenai bekalan vaksin di Selangor.



“Salam YB Siti Mariah, anda hanya perlu menghubungi Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dan bukannya membuat hantaran di media sosial,” balas Ghows kepada ciapan Siti Mariah.

Katanya, menurut sistem pengurusan vaksin, Selangor kini mempunyai sekitar 339,000 dos vaksin Covid-19.

“Dengan Selangor menggunakan 40,000 (dos) sehari, ia (bekalan) cukup untuk sekurang-kurangnya seminggu,” katanya.

Selangor juga dijangka akan menerima bekalan vaksin pada setiap hari selama tujuh hari bermula esok, katanya lagi.



Menerusi siri ciapan itu, Ghows turut melampirkan jadual penghantaran kepada pusat pemberian vaksin (PPV) di Selangor dari 28 Jun hingga 4 Julai.

Ghows juga membalas ciapan lain daripada Siti Mariah, yang mengatakan kapasiti vaksinasi semasa di PPV Selangor adalah pada kadar 87,616 dos sehari dan jika tiada penambahan bekalan esok, beberapa PPV tidak akan dapat beroperasi.

Dia berkata Selangor setakat ini memberikan tidak lebih daripada 46,000 dos vaksin sehari, dan bekalan yang diperuntukkan untuk negeri itu dapat menampung lebih daripada kadar itu.

Dia turut menunjukkan carta kadar vaksinasi harian Selangor dalam.



Menurut carta yang bermula pada 1 Jun itu, kadar vaksinasi sehari paling rendah adalah pada 6 Jun, iaitu sebanyak 5,613 dos.

Sejak itu, ia mula meningkat sehingga lebih 40,000 dos sehari sejak bermula 22 Jun. Kadar paling tinggi adalah pada 24 Jun, dengan 46,291 dos.

“Usaha meningkatkan jumlah vaksinasi adalah sesuatu yang dibincangkan ketika kami ke Selangor untuk membentangkan rancangan mempercepatkan (jumlah vaksinasi), yang akan selesai pada akhir bulan Ogos.

“Kami sentiasa bersedia untuk memudahkannya,” kata Ghows.



Sementara itu, Dimishtra berkata kadar penggunaan vaksin di Selangor pada masa ini adalah 75.2 peratus, iaitu antara kadar terendah di negara ini.

Dia membuat perbandingan dengan beberapa negeri lain seperti Pulau Pinang pada 90.34 peratus, Kuala Lumpur (87.12) peratus dan Terengganu (90.86 peratus).

Dimishtra turut membandingkan Selangor dengan Sarawak, memandangkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menyasarkan kada vaksinasi 80 peratus menjelang Ogos di dua negeri itu.

Purata dos untuk tujuh hari terakhir yang diberikan di Sarawak adalah 53,620 sementara Selangor sebanyak 35,731.



Dari segi kadar vaksinasi untuk dos pertama, Sarawak berada pada 31.2 peratus sementara Selangor 12.2 peratus.

Untuk kadar vaksinasi kedua-dua dos, Sarawak berada pada kadar 7.2 peratus sementara Selangor empat peratus.

Menurut Dimishtra lagi, kadar penggunaan vaksin semasa di Selangor mesti dilihat bersama usaha JKJAV untuk meningkatkan kadar vaksinasi, terutama dengan menubuhkan tiga PPV di negeri itu – yang akan memberi hampir 15,000 dos sehari.

“YB, ini adalah tuduhan yang sangat mengelirukan, dan tidak konsisten dengan fakta.



“Bukan niat kami untuk memanjangkan atau mempolitikkan masalah ini, tetapi kami merasakan tuduhan ini harus dibetulkan,” katanya lagi.

Terdahulu hari ini, Siti Mariah membidas Khairy, yang semalam mendakwa Selangor berdepan masalah kapasiti vaksinasi, bukannya bekalan vaksin.

Siti Mariah menegaskan beberapa PPV di negeri itu mungkin terpaksa ditutup tidak lama lagi sekiranya Selangor tidak mendapat bekalan baru secepat mungkin.

“Nampak benar menteri tak tahu masalah di bawah. Selangor ada kapasiti untuk buat lebih. Kalau buat begitu, selepas beberapa hari, ada PPV yang kena tutup sementara.

“Jangan berbohong dengan mengatakan bahawa ada bekalan cukup. Berlaku jujur atau hidung anda akan jadi lebih panjang,” katanya dalam ciapan yang turut menanda Khairy. Mk

Penasihat Khairy jawab Mariah isu vaksin Selangor


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Khairy jujurlah atau akan jadi pinnochio – Mariah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker