Ahmad Zahid Rakam Takziah Atas Pemergian Ketua Pemuda UMNO Maran Sekeluarga

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah atas pemergian Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Eddy, bersama isteri, anak serta adik iparnya dalam satu kemalangan di Bentong, petang tadi.
Beliau berkata, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada keluarga UMNO, khususnya UMNO Bahagian Maran dan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang.
“Sesungguhnya pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan kepada keluarga besar UMNO, khususnya UMNO Bahagian Maran dan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang.
“Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Tiada kata yang mampu menggambarkan betapa beratnya ujian yang sedang dihadapi. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga dalam menghadapi saat yang amat sukar ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Ahmad Zahid turut mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendoakan agar roh Allahyarham Mohd Radzi, isteri, anak serta adik iparnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah SWT yang beriman dan beramal soleh.
Beliau turut mendoakan agar segala dosa mereka diampunkan serta keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan yang amat besar. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menang PRN N. Sembilan: Rozabil Ucap Tahniah, Hargai Pengorbanan Seluruh Jentera
- Semangat Demokrasi Terus Mekar, Pengorbanan Jentera Tidak Ternilai
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mandat Rakyat Kukuhkan BN-PN, Demi Kestabilan Negeri Sembilan
You must be logged in to post a comment.