MoU Kerajaan-PH gagal halang mangkuk “berterbangan” dalam Parlimen

oleh Nurul Aisyah

MEMORANDUM persefahaman (MoU) Kerajaan-Pakatan Harapan (PH) yang dimeterai semalam seolah-olah tidak berguna apabila “perang mangkuk berterbangan” dalam Parlimen yang mulia. Tidak sampai 24 jam kenyataan berbaur memuji MoU tersebut, pakatan mula menyerang kerajaan.

Semalam dengan bangganya Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menegaskan kononnya dengan pemeteraian MoU Kerajaan-PH semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini berada pada kedudukan yang lebih kuat untuk menolak sebarang ancaman dan tuntutan daripada kluster mahkamah dan kleptokrat dalam UMNO. Mungkin Tony Pua lupa yang Lim Guan Eng pun kluster mahkamah.



Menurut Tony Pua lagi, menerusi MoU tersebut, Ismail Sabri tidak perlu melayan sebarang tuntutan dari kem Datuk Seri Azmin Ali agar Ahli Parlimen Gombak itu dilantik timbalan perdana menteri kerana sebarang ancaman dari kem Azmin untuk menjejaskan kestabilan gabungan parti kerajaan tidak lagi kredibel.

Ironinya, ahli parlimen PH tetap membuat kecoh lagi di Dewan Rakyat. Mou dilihat tidak membawa sebarang makna. Salah seorang ahli parlimen PH menyebut “Apa punya mangkuk” ketika waktu pertanyaan kepada menteri.

Ungkapan ahli Parlimen tersebut mencetuskan kontroversi apabila dia mempersoalkan jawapan Menteri Dalam Negeri.

“Penggunaan ayat seperti itu tidak patut diungkapkan oleh Ahli Parlimen di Dewan yang mulia. Baik ada MoU atau tidak, perangai tetap sama, masih belum berubah, masih belum matang,” kata Presiden MCA, Dato’ Seri Dr Wee Ka Siong pada hantaran di media sosialnya semalam.



Adakah ini bermakna pihak-pihak yang menandatangani MoU tersebut tidak cukup ikhlas? Apa agenda mereka yang sebenarnya?

Dakwaan kononnya Ismail Sabri kini berada pada kedudukan yang lebih kuat dilihat sangat tidak benar. Keadaan di Parlimen semakin tidak terkawal. Malah calon Timbalan Speaker yang dibawa oleh PM dikatakan turut tidak mendapat sokongan majoriti.

Banyak lagi yang perlu ismail Sabri lakukan untuk menstabilkan suhu politik Malaysia.Mampukah beliau laksanakan perkara tersebut sebelum tempoh 100 hari berakhir?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker