Sesat Di Hujung Jalan, Othman Desa Seru PPBM Balik Ke Pangkal Jalan Demi Kestabilan Politik

Sesat Di Hujung Jalan, Othman Desa Seru PPBM Balik Ke Pangkal Jalan Demi Kestabilan Politik

Sesat Di Hujung Jalan, Othman Desa Seru PPBM Balik Ke Pangkal Jalan Demi Kestabilan Politik

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Othman Desa menyeru bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) agar kembali bersama UMNO demi memperkukuh perpaduan Melayu dan kestabilan politik negara.

Menurutnya, pendekatan politik yang berbeza tidak seharusnya menjadi penghalang untuk kembali bersatu atas matlamat yang sama.

“Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan’. Apa salahnya kita balik ke pangkal jalan, bersama-sama dengan UMNO. Kita berpolitik ini adalah hendakkan kuasa, perpaduan, kestabilan serta mahu memajukan negara ini. Marilah sama-sama kembali dan bangunkan parti ini yang banyak berjasa pada rakyat dan negara.

“Pemimpin-pemimpin dan ahli PPBM sebenarnya dahulu semuanya mereka adalah berasal dari UMNO. Masa itu mereka merajuk dan hendak menggantikan UMNO dan kini telah terbukti UMNO masih hidup, segar dan tiada masalah.

“Yang jelas UMNO ini adalah sebuah parti yang menyatupadukan orang Melayu dan memperjuangkan Islam serta menjaga negara ini. Tidak ada masalah dan sama ‘nawaitu’ berpolitik adalah untuk kekuatan bagi ummah, cuma pendekatannya yang berbeza,” katanya ketika ditemui UMNO Online, disini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sektor Pertanian Pahang Akan Terus Berkembang Sebagai Antara Penyumbang Utama Ekonomi Negeri, Negara


Mengulas lanjut, beliau juga Pengerusi Veteran UMNO berkata pengumuman yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini memberi isyarat jelas bahawa parti sentiasa membuka pintu kepada bekas ahli yang mahu kembali menyumbang kepada perjuangan.

“Pada PAU 2025 baru-baru ini Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah memaklumkan pada semua perwakilan untuk mewujudkan ‘Rumah Bangsa’ dan ‘Musyawarah Nasional’. Ini adalah ruang yang telah membuka jalan agar bekas-bekas ahli parti kembali bersama.

“Dalam suasana politik yang semakin dinamik, kita memerlukan pendekatan yang lebih inklusif dan berhemah. Veteran melihat ini sebagai usaha meredakan perbezaan, mengutamakan persamaan serta membina semula keyakinan rakyat terhadap parti,” katanya lagi.

Beliau turut menyeru semua pihak, khususnya bekas pemimpin dan ahli yang pernah meninggalkan parti, agar menilai semula pendirian mereka dan menyahut seruan kepimpinan tertinggi demi kestabilan politik serta kelangsungan perjuangan.

“Perjuangan ini lebih besar daripada individu. Jika ada ruang untuk kembali dan bersama-sama membina semula kekuatan parti, maka inilah masanya untuk kita bersatu hati,” ujarnya. – UMNO Online

Sesat Di Hujung Jalan, Othman Desa Seru PPBM Balik Ke Pangkal Jalan Demi Kestabilan Politik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Johor Bakal Terima Pelaburan Baharu … Lebih Besar, Luar Biasa

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker