Resepi asam pedas ikan pari

Resepi asam pedas ikan pari

Masakan ini boleh mendatangankan kesedapan yang terlampau. Banyak cara boleh masak tapi yang power ni asam pedas. Rasanya memang terangkat maksima.

Sedapnya resepi asam pedas ikan pari. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga. Resepinya sangat mudah dan semestinya sedap. Tidak mengguna banyak bahan pun. Berbaloi cuba.

BAHAN

500gm ikan pari – dipotong mengikut saiz sesuai
125ml minyak masak
2 kuntum bunga kantan
1 tangkai daun kesum
500ml air
4 tangkai kacang bendi
2 sudu besar asam jawa – diramas bersama 125ml air dan diambil airnya sahaja

BAHAN KISAR

10 ulas bawang merah
8 sudu besar pes cili kering
5 tangkai cili merah
2cm kunyit hidup
2 sudu kecil serbuk belacan

CARA

1.Panaskan minyak masak di dalam periuk di atas api besar dan tumis bahan kisar sehingga wangi.

2.Kecilkan api dan masukkan ikan pari, bunga kantan dan daun kesum.

3.Masukkan separuh air dan kacau rata. Renihkan selama 5 minit.

4.Masukkan bendi serta tuangkan baki air dan air asam jawa. Kacau rata.

5.Perasakan dengan garam secukup rasa dan didihkan sehingga masak.

Resepi oleh Datuk Cef Ismail, Restoran Rebung

Ikan pari ini banyak cara boleh masak tapi yang power ni masak asam pedas. Rasanya memang terangkat maksima.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi serunding ayam sedap betul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker