Resepi serunding ayam sedap betul




Resepi serunding ayam sedap betul

Serunding ayam bukan sahaja boleh dimakan bersama ketupat atau rendang, malah boleh dinikmati bersama roti, pulut dan macam-macam lagi. Hidangan ini adalah antara juadah tradisi yang digemari tidak kira umur.

Apa lagi kita sudah ada resepi serunding ayam, jom le dapur untuk masaknya.

Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN




1 kg ayam
1 kg santan
4 sudu besar biji ketumbar- sangai dan tumbuk kasar
4 sudu besar biji jintan kasar – sangai dan tumbuk kasar
1 cawan air asam
3 sudu besar kerisik
Sedikit garam dan gula
Minyak masak untuk menumis

BAHAN KISAR

20 tangkai cili kering
500 gm bawang merah
10 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm lengkuas
5 batang serai

CARA

1.Rebus ayam hingga empuk, kemudian siat-siat sehingga halus.




2.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar,masukkan jintan dan ketumbar tumis sehingga naik bau.

3.Masukkan santan, kerisik, garam, gula dan air asam.

4.Kemudian masukkan ayam kacau rata, masak menggunakan api kecil sehingga serunding kering. Sedia dihidangkan.

Resepi oleh Norzila Saim

Resepi serunding ayam sedap betul





Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Nasi Kari Ketam Lazat Sekal



Leave a Reply

Your email address will not be published.