Hasil 26 hari ‘Total Lockdown’, kejayaan atau kegagalan



 

Hasil 26 hari ‘Total Lockdown’, kejayaan atau kegagalan

Dah 26 hari lockdown. R Naught tak turun mana. Kes kekal sama. Simpanan dah habis. Perniagaan entah bagaimana nak bangkit semula. Putus asa. Semangat tiada.

Dah 26 hari lockdown. Tiba-tiba rakyat yang salah. Rakyat tak patuh peraturan. Padahal 90% kluster baru adalah dari kilang dan tempat kerja.

Dah kurung kami ni buat apa kalau lockdown selekeh begini rupa? Kami yang duduk di rumah ni salah lagi ka?

Dah 26 hari lockdown. Akhirnya kata dah bincang. Nanti akan umum bantuan. Beribu perniagaan dah tutup, beratus ribu hilang kerja. Baru nak umum bantuan yang entah bila akan tiba.




Masa nak kurung hari tu tak fikir ke benda ini semua? Itupun masih nak tangguh umumkannya?

Dah 26 hari lockdown. Pendidikan anak-anak tak tahu hala ke mana. Janji 150 ribu gajet entah apa khabarnya. Ibu bapa pening nak didik bagaimana.

Bukan semua kami ni pandai belaka. Duit tiada, stress mengajar anak satu hal pula. Menteri buat apa?

Dah 26 hari lockdown. Apa plan negara kita sebenarnya? Katanya jika kes bawah 4000 selama 7 hari berturut turut baru nak beralih ke PKP fasa seterusnya.

Dah kalau tak turun apa Plan B-nya? Takkan nak kena tunggu sampai bila-bila?




Dah 26 hari lockdown. Tapi kita macam tak ada idea bagaimana nak uruskan ekonomi, pendidikan dan kesihatan secara serentak. Seolah baru hari ini negara diserang wabak. Seolah kita tak pernah tahu bagaimana nak mengawal kos sara hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Nak menang, kuncinya adalah kepercayaan. Kalau rakyat hilang percaya, bagaimana kerajaan akan dapat kerjasama?

Maaflah, malam ini saya cuma melepas rasa.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Hasil 26 hari ‘Total Lockdown’, kejayaan atau kegagalan


Baca Artikel Menarik :




Layari Laman Facebook MYKMU




Leave a Reply

Your email address will not be published.