Kanak-kanak 11 tahun lahirkan anak, jadi ibu termuda di Britain

Kanak-kanak 11 tahun lahirkan anak, jadi ibu termuda di Britain. Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun menjadi ibu paling muda di Britain apabila dia melahirkan anak pada bulan ini,

Kanak-kanak itu dan bayinya dilaporkan sihat dan kini dijaga oleh badan kebajikan.

Keluarganya tidak mengetahui kanak-kanak itu mengandung dan kesnya kini disiasat pihak berkuasa.

“Hal ini merupakan satu kejutan besar buat kami sekeluarga, namun ibu dan bayi kini dalam keadaan selamat dan dipantau pihak berkuasa,” kata keluarga kanak-kanak itu.

Seorang doktor, Carol Cooper memberitahu The Sun, kes tersebut menjadik kanak-kanak itu sebagai ibu termuda di Britain.

Katanya, kebanyakan tempoh matang kanak-kanak perempuan bermula seawal usia 11 tahun, namun boleh juga berlaku dari umur lapan hingga 18 tahun.

Jelas Cooper, berat badan juga boleh menjadi faktor kepada proses kematangan awal dan kanak-kanak perempuan itu dilaporkan lebih berat dari kanak-kanak seusianya.

Sebelum ini, Tressa Middleton menjadi ibu paling muda di Britain apabila dia melahirkan bayi ketika berumur 12 tahun pada 2006.

Kanak-kanak 11 tahun lahirkan anak, jadi ibu termuda di Britain


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Rompak syarikat penghantaran, 3 anggota polis ditahan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker