Keputusan PKP penuh dilanjut atau ditamatkan hari ini

Keputusan PKP penuh dilanjut atau ditamatkan hari ini. Kerajaan dijangka mengumumkan keputusan berkaitan pelanjutan atau penamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang bakal berakhir 28 Jun ini hari ini.

Keputusan berkaitan perkara tersebut akan diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang ini.

Berdasarkan situasi jangkitan Covid-19 semasa, PKP penuh berpotensi untuk terus dilanjutkan buat satu tempoh oleh kerajaan.



Semalam, jumlah kes positif Covid-19 mencatatkan angka 5,803 kes, manakala kelmarin 5,812 kes dan 5,841 kes hari sebelumnya.

Ia sekali gus menjadi petanda bahawa PKP penuh bakal dilanjutkan memandangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) hanya akan menamatkan PKP Fasa Satu sekiranya jumlah jangkitan Covid-19 kurang daripada 4,000 kes selama tujuh hari berturut-turut.

Keputusan PKP penuh dilanjut atau ditamatkan hari ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU



 


Datang ke balai polis dengan berlumuran darah

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker