Elyana terpaksa telan tiga biji pil tidur

Elyana terpaksa telan tiga biji pil tidur

Tak boleh tidur, Elyana terpaksa telan tiga biji pil tidur

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Elyana mendedahkan dia terpaksa menelan tiga biji pil tidur bagi membantunya kerana mengalami kesukaran untuk melelapkan mata.

Elyana yang kini berada di hospital bagi menjalani rawatan radioterapi untuk melawan kanser limfoma yang dihadapi turut berkongsi perjalanannya sepanjang mendapatkan rawatan tersebut.



“Tak boleh tidur, saya terpaksa telan sampai tiga biji ubat tidur semalam. Tapi Alhamdulillah, masih boleh berehat,” katanya menerusi Instastory yang dimuat naik sebentar tadi.

Elyana juga dalam masa yang sama menjawab pertanyaan peminat yang risau setelah dia tidak memuat naik sebarang perkembangan semalam.

“Maaf, ramai yang tanya kenapa senyap lepas buat radioterapi. Saya tak boleh tidur, walaupun makan ubat tidur masih sama,” katanya.

Malah, Elyana juga berkongsi keadaan pesakit di bilik sebelah yang sentiasa meracau memanggil orang.



“Mungkin ada yang kurang selesa tetapi bagi saya, itu perkara biasa. Segelintir orang anggap bising tetapi sebagai pesakit juga, saya tahu keadaan orang sakit macam mana. Saya okey,” katanya.
Utusan

Elyana terpaksa telan tiga biji pil tidur


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Najib tak buat apa masa jadi PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker