Anak beranak tanam pokok ganja dalam banglow



Anak beranak tanam pokok ganja dalam banglow. Tiga beranak tanam pokok, edar ganja ditahan. Kegiatan haram tiga beranak warga Singapura menanam pokok ganja dan mengedarnya terbongkar selepas diberkas polis dalam serbuan di sebuah banglo di Semenyih di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, serbuan kira-kira jam 10 malam itu hasil daripada maklumat dan risikan.

“Dalam serbuan itu, polis menemui lapan pokok ganja serta 23 botol mengandungi daun kering dipercayai ganja dianggarkan bernilai RM19,000 bagi nilai pasaran tempatan atau RM54,000 bagi nilai pasaran antarabangsa.

“Kami merampas peralatan digunakan untuk menanam pokok berkenaan selain lampu haba, tabung oksigen dan penapis udara. Selain itu turut dirampas adalah sebuah kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan pihaknya mendapati tiga beranak terdiri daripada bapa serta dua anak itu dipercayai membeli benih pokok ganja itu dari laman sesawang yang beroperasi di Amerika Syarikat.




“Kegiatan suspek dipercayai telah aktif sejak empat bulan lalu dengan menjual dadah itu bagi pasaran tempatan serta antarabangsa terutama negara-negara Asia menerusi media sosial.

“Selain itu, ujian air kencing dilakukan mendapati seorang daripada tiga suspek berkenaan positif dadah,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Zaid berkata, kesemua suspek lelaki berusia 23 hingga 58 tahun itu direman selama lima hari hingga 30 Jun ini dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6B akta sama.

Anak beranak tanam pokok ganja dalam banglow


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU





Bank Dunia turunkan semakan bagi KDNK Malaysia



Leave a Reply

Your email address will not be published.