Bank Dunia turunkan semakan bagi KDNK Malaysia

 

Bank Dunia turunkan semakan bagi KDNK Malaysia. Semakan menurun keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia oleh Bank Dunia kepada 4.5 peratus bagi 2021

Bank Dunia baru-baru ini menurunkan unjuran pertumbuhannya bagi KDNK Malaysia buat kali kedua kepada 4.5 peratus bagi 2021 iaitu daripada 6.0 peratus yang diunjurkan pada Mac dan 6.7 peratus pada tahun 2020 selepas mengambil kira peningkatan jangkitan kes COVID-19 serta program pemberian vaksin yang lebih perlahan daripada dijangkakan.

Mohamed Azmin berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan hari ini (Isnin) beberapa inisiatif dan insentif baharu yang akan membantu menangani kelembapan ekonomi.

“Kami membangkitkan isu KDNK pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi pagi ini (Isnin), kami mengambil kira semakan terbaharu oleh Bank Dunia itu untuk menyemak semula pertumbuhan kita bagi tahun 2021.

“(Ia sebelum ini) diunjurkan pada 6.0 peratus tetapi kini telah disemak semula dengan diturunkan kepada 4.5 peratus dan sudah tentunya ia berkait dengan keputusan kerajaan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

“Kita tidak ada pilihan lain, kita perlu ambil keputusan berani untuk mengimbangi antara hidup dan kehidupan dan itu adalah keputusan yang telah kita ambil, tetapi ia memberi impak ekonomi,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat vaksinasi di Pusat Konvensyen Setia City di sini pada Isnin.

Mohamed Azmin berkata pelbagai pakej rangsangan ekonomi kerajaan yang berjumlah RM380 bilion telah berjaya meringankan impak daripada kawalan pergerakan penuh yang membawa kepada beberapa petunjuk ekonomi positif pada suku pertama 2021.

Beliau juga berkata, kerajaan telah memperhalusi beberapa pakej ekonomi untuk membantu perniagaan terutamanya perusahaan kecil dan sederhana dan PKS mikro.

Bank Dunia turunkan semakan bagi KDNK Malaysia

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Realiti ‘Total lockdown’ jaga taikun kilang lebih penting dari rakyat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker